Harian Metro

REKAAN MIMBAR

-

Perubahan zaman turut mengubah pandangan dari segi pembinaan mimbar.

Mimbar lazimnya berbentuk seperti menara dan di atasnya berkubah atau piramid.

Ia berhias dan unik biar pun mimbar zaman dulu hanya mempunyai tangga dan tempat berdiri.

Sesetengah mimbar dibina ke dalam dinding masjid. Ini membolehka­n lebih banyak ruang untuk jemaah.

Mimbar zaman dahulu diperbuat daripada kayu, saiznya kecil hanya mempunyai tangga dan tempat khatib berdiri selain ada juga yang mempunyai bumbung kubah.

Hari ini, mimbar dibina lebih besar, tinggi, mempunyai banyak anak tangga dan pelbagai perincian tambahan.

Asasnya, reka bentuk mimbar adalah sama. Ada mimbar mempunyai bumbung berkubah, ada juga bumbungnya rata.

Saiz, ketinggian dan bentuk hiasannya mengikut seni ukiran serta budaya masing-masing.

Selain menjadi pelengkap kepada masjid, reka bentuk dan hiasan mimbar juga menggambar­kan identiti sesebuah negara.

Di Maghribi, kebiasaann­ya mimbar disimpan di tempat simpanan yang dibina pada dinding sebelah kanan mihrab.

Disebabkan terlalu berat, mimbar di Maghribi dilengkapi tayar supaya mudah ditolak dan disimpan.

Di rantau Nusantara terutama di Malaysia, kebanyakan mimbar dihiasi ukiran kayu pelbagai motif seperti corak bunga dan abstrak.

Majoriti masjid lama masih mengekalka­n binaan mimbar kayu yang tinggi.

Melihat perkembang­an terkini, masjid baru yang dibina kebanyakan­nya membabitka­n binaan mimbar bercantum dengan dinding.

 ??  ?? HASIL kerja tangan yang halus.
HASIL kerja tangan yang halus.
 ??  ?? ANTARA mimbar yang terdapat di kebanyakan masjid seluruh negara.
ANTARA mimbar yang terdapat di kebanyakan masjid seluruh negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia