Harian Metro

KEMAS, JANGAN SEPAH!

-

Salam deko kepada semua. Pasti minggu-minggu kebelakang­an ini dipenuhi pelbagai aktiviti percutian. Namun jangan diabaikan aktiviti mengemas rumah bersama keluarga.

Sepanjang dua minggu lalu saya sudah menulis dan berkongsi cara-cara mengemas rumah yang mudah serta bukan lagi satu bebanan sebaliknya menjadi aktiviti menarik untuk dilakukan bersama keluarga. mengemas rumah jadikan ia sebagai aktiviti mengeluark­an peluh. Mungkin anda begitu sibuk dalam rutin harian di pejabat hingga tidak punyai masa beriadah dan mengeluark­an peluh.

Jadi, tanamkan di dalam minda bahawa mengemas rumah bukan semata-mata tugas yang perlu dilakukan sebaliknya menyumbang kepada kesihatan kerana ia membantu mengeluark­an peluh dan membakar kalori anda.

Ada kalanya memasak memenatkan kerana ia turut membabitka­n penyediaan bahan, membasuh pinggan mangkuk, mengelap meja dan dapur.

Tip yang paling mudah adalah tempatkan perkakas memasak anda pada satu ruang yang mudah dicapai dan disimpan sementara.

Bagi yang mampunyai anak kecil, sediakan kotak untuk mereka menyimpan semua permainan apabila selesai bermain.

Begitu juga anakanak yang meningkat dewasa, sediakan satu kotak khas supaya segala keperluan harian diletakkan setempat dan tidak bersepah merata-rata.

Sedia kotak untuk anak kecil simpan

permainan selepas bermain

 ??  ?? SUASANA dapur yang kemas pastinya membuatkan persekitar­an lebih segar.
SUASANA dapur yang kemas pastinya membuatkan persekitar­an lebih segar.
 ??  ?? SUSUN letak barangan di dapur juga penting.
SUSUN letak barangan di dapur juga penting.
 ??  ?? MENGEMAS kini bukan lagi
bebanan.
MENGEMAS kini bukan lagi bebanan.
 ??  ?? SEDIAKAN kotak sebagai bekas penyimpana­n
barangan permainan anak
anda.
SEDIAKAN kotak sebagai bekas penyimpana­n barangan permainan anak anda.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia