Harian Metro

MARTABAT KARYA ANAK MUDA

- Shuhada Mansor gen.y@hmetro.com.my

Karya generasi muda terus diangkat menerusi penganjura­n Festival Jakarta Clothing (JakCloth) yang diadakan di PRJ Kemayoran, Jakarta, Indonesia awal bulan lalu.

Konsepnya sama seperti Tempatan Festival di Malaysia iaitu sebagai platform untuk remaja memperkena­lkan produk masing-masing di pasaran.

Festival lima hari bermula 6 hingga 10 Disember lalu itu menyaksika­n lapangan acara dibanjiri lebih 50,000 pengunjung dengan rata-ratanya dalam kalangan remaja sendiri.

LEBIH 450 JENAMA

Difahamkan, JakCloth bukan hanya diadakan di Jakarta tetapi beberapa bandar lain seluruh Indonesia termasuk Pontianak, Jogja, Surabaya, Bali dan Malang.

Namun, seiring dengan namanya, JakCloth di Jakarta adalah yang terbesar pada tahun ini juga sebagai penutup siri jelajahnya sepanjang 2017.

Sebanyak 450 jenama pakaian yang semuanya hasil produk anak tempatan dijual dengan tema potongan harga akhir tahun.

Bukan hanya produk membabitka­n pakaian tetapi kasut, aksesori, makanan bahkan persembaha­n lebih daripada 200 pemuzik dari dalam dan luar negara turut sama memeriahka­n suasana.

Antaranya termasuk Madball dan

Miss May I dari Amerika Syarikat, Rossa, Raisa, Tulus, Payung Teduh dan Mocca.

DIBANJIRI 50,000 PENGUNJUNG

Festival 5 hari dibanjiri lebih 50,000 pengunjung

Bermula seawal 12 tengah hari hingga 12 tengah malam, lokasi festival dibanjiri pengunjung tanpa henti dan dianggarka­n lebih 50,000 pengunjung.

Lebih gila apabila menjelang hujung minggu dengan jumlah orang yang hadir tiga kali ganda daripada hari biasa.

Suasana menjadi ‘havoc’ pada hari terakhir dengan kebanyakan peniaga menawarkan potongan harga yang ‘gila-gila’.

Difahamkan, Festival JakCloth sudah diadakan sejak 2008 namun awalnya konsep lebih kepada pusat bisnes dan kreativiti anak muda sebelum dimasukkan slot lain seperti persembaha­n artis.

Menurut pandangan penulis sendiri yang turut sama merasai kemeriahan festival ini menyokong penuh sekiranya acara sebegini diadakan dengan lebih kerap di tanah air. Kita mempunyai aliran dan cita rasa sendiri dalam muzik, gaya atau apa saja. Aktiviti sebegini ia akan terus menghidupk­an kreativiti anak muda.

 ??  ?? GERAI gunting rambut turut diserbu pengunjung.
GERAI gunting rambut turut diserbu pengunjung.
 ??  ?? KASUT antara barangan yang dijual selain pakaian.
KASUT antara barangan yang dijual selain pakaian.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia