Harian Metro

HARGA RUNTUH DI BBW

-

cekap.

“Platform ini bertujuan membina hubungan rapat antara BBW dan peminat di laman sosial seperti Facebook,” katanya.

Menurutnya lagi, penyokong BBW digalakkan berkongsi gambar, video dan pengalaman membeli-belah di Big Bad Wolf bagi mendorong mereka yang belum hadir untuk datang ke sana.

“Pengunjung boleh memuat naik gambar, video atau berkongsi pengalaman mereka di sini menerusi Facebook menggunaka­n tanda pagar #ReadandGet­Badder bagi mendorong orang ramai datang ke pesta buku ini.

“Tiada apa yang lebih menyeronok­kan berbanding individu ulat buku menjumpai bahan bacaan baru kegemaran mereka dan terus membeli dengan harga berpatutan.

“Malah mereka juga mempunyai banyak masa untuk membuat keputusan dengan meneliti setiap judul buku yang berada di segenap ruang pameran bersama rakan dan keluarga,” katanya.

Lebih menarik, BBW turut membawakan rangkaian kafe

After You yang terkenal di Thailand dengan kerjasama rakan peniaga makanan dan minuman, Best Dessert In The World Sdn Bhd.

“Buat pertama kalinya di Malaysia, kafe ini menghidang­kan sajian ringan popular mereka seperti Ice Kakigori dan roti bakar istimewa.

“Selain itu, sambil membaca buku pengunjung boleh menikmati kek terhebat Madeleine Cafe dan kopi yang dibrew segar oleh Coffex.

“Hiburan sampingan untuk kanak-kanak berusia 8 hingga 12 tahun turut disediakan dengan

Berbeza daripada tahun sebelumnya kerana tawar pelbagai aktiviti sampingan

kerjasama siri animasi popular tempatan, Ejen Ali dan penyedia perkhidmat­an penstriman video, tonton.

“Aktiviti lain yang bakal menarik minat pengunjung adalah promosi karya penulis buku tempatan FIXI, Digi Cyberspace dan menerokai alam cakerawala di kubah gelembung Petrosains Star Lab,” kata Yap.

Di samping membeli buku, pengunjung juga boleh beramal dengan menyertai kempen sumbangan buku untuk kanak-kanak kurang bernasib baik menerusi program Red Readerhood.

Tahun ini BBW bekerjasam­a dengan Yayasan Chow Kit, sebuah pertubuhan amal yang menyediaka­n bantuan keperluan kanak-kanak dan pusat penjagaan sementara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia