Harian Metro

SEMPURNA BUAT MUSLIMAH

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Di Malaysia pemakaian telekung sudah menjadi satu kemestian bagi wanita Muslimah. Rata-rata menggunaka­n telekung sebagai pakaian solat kerana lebih mudah, praktikal dan terpelihar­a kesopanann­ya. Keadaan ini berbeza dengan Muslimah di negara luar seperti Britain.

Kebanyakan Muslimah di sana langsung tidak mengetahui kewujudan telekung dan hanya pernah melihat Muslimah dari Malaysia dan Indonesia memakai pakaian serba putih (telekung) ketika menunaikan umrah dan haji. Rutin pemakaian solat mereka lebih kepada menyarung jubah dan selendang yang turut menjadi pakaian harian.

Dalam usaha menjadi pihak pertama memperkena­lkan telekung secara komersial di peringkat antarabang­sa, Siti Khadijah (SK) kini memberikan tumpuan kepada pasaran United Kingdom sebagai destinasi ketiga selepas Indonesia.

Menurut Pengarah Pemasaran SK Munzir Aminuddin, Islam adalah agama kedua terbesar dengan populasi melebihi tiga juta pada 2014 dan ia menjadi faktor untuk memperkena­lkan telekung di sana.

“Selepas Indonesia kami mula mencari tapak bagi mengukuhka­n jenama ini di negara luar. Selepas perbincang­an kami merasakan Britain adalah pilihan tepat kerana masyarakat di sana sangat mementingk­an kesempurna­an ketika beribadah,” katanya ketika acara pelancaran eksklusif Siti Khadijah di Mayfair, London yang dihadiri wakil media tempatan, personalit­i TV, ikon Muslimah dan blogger.

Kunjungan SK ke

Britain itu menjadi bualan hangat apabila menerima undangan temu ramah secara langsung untuk rancangan Women’s AM di Islam Channel UK dan stesen radio Islam di sana.

Menurut wakil Siti Khadijah United Kingdom Siti Fazrena Mohamad Fuad, tanpa mengambil kira faktor cuaca, telekung SK sesuai dan selesa disarung pada bila-bila masa.

“SK tidak meletakkan status sebagai jenama fesyen moden yang hadir dengan koleksi rekaan bermusim. Rekaan telekung kami akan kekal klasik dengan teknologi fabrik yang sentiasa dinaik taraf seiring penjenamaa­n telekung sebagai pakaian solat premium,” katanya.

Telekung unik ditambah perincian minimalis kekal ringkas ikut

syarak

 ??  ?? RONA putih dengan ciri lekapan pada bahagian muka menjadikan­nya selesa dipakai.
RONA putih dengan ciri lekapan pada bahagian muka menjadikan­nya selesa dipakai.
 ??  ?? TELEKUNG dipadankan dengan kain bercorak.
TELEKUNG dipadankan dengan kain bercorak.
 ??  ?? PERINCIAN keemasan pada bahagian tepi menampilka­n keistimewa­an tersendiri.
PERINCIAN keemasan pada bahagian tepi menampilka­n keistimewa­an tersendiri.
 ??  ?? MENGGUNAKA­N fabrik berkualiti serta jahitan yang teliti.
MENGGUNAKA­N fabrik berkualiti serta jahitan yang teliti.
 ??  ?? DIREKA khas bersempena pertunjuka­n fesyen MLE 2017 di EventCity, Manchester.
DIREKA khas bersempena pertunjuka­n fesyen MLE 2017 di EventCity, Manchester.
 ??  ?? PAKAIAN solat lebih ringkas dan bergaya untuk pasaran Britain.
PAKAIAN solat lebih ringkas dan bergaya untuk pasaran Britain.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia