Harian Metro

PELENGKAP GAYA ANGGUN, MASKULIN

-

Tidak hanya melihat fungsinya sebagai pelindung kepada mata, bingkai cermin yang cantik juga boleh membuatkan seseorang kelihatan menarik.

Dalam dunia fesyen hari ini, pemakaian kaca mata bukan sekadar untuk membetulka­n fungsi penglihata­n seseorang, malah sudah menjadi sebahagian daripada pelengkap untuk tampil bergaya.

Begitupun, ramai dalam kalangan pengikut fesyen masih berdepan kesukaran memilih kaca mata hitam bersesuaia­n dengan bentuk wajah, personalit­i serta karakter mereka.

Banyak reka bentuk baru di pasaran, sewajarnya memberi lebih banyak pilihan. Cuba intai koleksi unik dan mewah daripada pelbagai jenama yang dibawakan Luxoticca.

Menyatukan elemen kemahiran, seni dan fesyen, gerbang fesyen kaca mata pilihan ramai ini pasti membuatkan anda tersenyum penuh makna. Ada pelbagai koleksi anggun dan maskulin tersenarai di bawahnya.

Setiap koleksi meraikan keperibadi­an individu dan memberi melengkapk­an personalit­i dengan stail tersendiri. Dari rekaan fesyen klasik, kontempora­ri hingga moden, hampir semua koleksi yang dibawa cukup unik dan pastinya ada yang menepati personalit­i diri.

Ada juga antara koleksi Luxoticca yang tidak terhad kepada wanita dan lelaki saja. Misalnya, Dolce & Gabbana kini turut memenuhi keperluan si cilik untuk bergaya sedondon bersama ibu menerusi koleksi Zambia.

Corak harimau bintang yang memenuhi bingkai tampak sebegitu ‘chic’ dengan koleksi ibu dan anak ini, malah padanan warna merah burgundi menyerlahk­an penampilan mereka ibarat diva di karpet merah.

Antara koleksi kaca mata mewah lain untuk lelaki dan wanita di bawah edarannya adalah Burberry, Coach, Emporio Armani, Giorgio Armani, Prada, Prada Linea Rossa, Oakley serta Ray Ban.

 ??  ?? 2. KOLEKSI ibu dan anak dengan penampilan bak diva.
3. BALDU menambah keunikan kaca mata.
2. KOLEKSI ibu dan anak dengan penampilan bak diva. 3. BALDU menambah keunikan kaca mata.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia