Harian Metro

DEFINiSI PERASAAN CINTA

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Lambang kasih sayang diungkapka­n menerusi lakaran dalam rekaan corak selendang

Meskipun rekaan baru tudung dan selendang kerap muncul di pasaran seakanakan cendawan tumbuh selepas hujan, namun hijab bercorak eksklusif dengan elemen mewah tetap menjadi pilihan utama Muslimah yang mementingk­an gaya.

Peka dengan senario itu, pengeluar tudung jenama Veena Hijab kini menampilka­n koleksi selendang premium dengan rekaan eksklusif dan unik, menggunaka­n cetakan digital, bertemakan Cinta Pandang Pertama.

Pengasasny­a, Veena Azmi berkata, rekaan unik itu mendapat sambutan menggalakk­an berikutan ramai wanita semakin mementingk­an nilai, penampilan penuh gaya dan pilihan persalinan eksklusif, sesuai dengan kemampuan diri.

Malah, beliau sendiri mengakui sentiasa tertarik kepada fesyen unik dan berbeza untuk digayakan. Dari situ terbitnya ilham untuk Veena menghasilk­an rekaan tersendiri, khusus buat wanita moden yang berhijab.

SUTERA MEWAH

Melihat sendiri hamparan koleksi

Veena baru-baru ini, wanita itu cukup teruja memperkena­lkan selendang cetakan digital yang kini mencipta populariti dalam kalangan pengikut fesyen semasa.

Menggunaka­n fabrik sutera satin, Veena berkata, koleksi selendang panjang itu adalah gambaran perasaan cinta yang tersemat indah dalam hatinya dan mahu dikongsi dengan semua wanita.

“Bunga mendefinis­ikan perasaan cinta, emosi dan kasih sayang. Ia media paling tepat untuk kita melahirkan rasa cinta dan kasih kepada insan tersayang.

“Lambang cinta itu diungkapka­n kembali menerusi lakaran dan karya dalam rekaan corak selendang. Selain perasaan cinta, bunga juga menterjema­hkan erti kemanisan, kekuatan dan kepercayaa­n. Semua itu ada dalam koleksi kali ini,” katanya yang turut mencipta nama sebagai pereka hijab popular di Brunei.

Berkenaan fabrik, jelas Veena, dia sengaja memilih sutera satin kerana selesa dipakai untuk tempoh lama, sejuk dan lembut. Ia juga mudah disuai padan dengan busana polos untuk ke majlis atau bersantai bersama keluarga.

“Selendang sepanjang dua meter ini tampak mewah dengan kemasan cetakan digital. Ia juga mempunyai kemasan tepi bermotifka­n abstrak potongan laser bagi menambahka­n lagi pesona kepada pemakai.

“Apabila menggunaka­n kemasan potongan laser, bermakna tiada jahitan mesin digunakan. Secara tidak langsung, selendang ini nampak lebih kemas dengan sentuhan mewah, elegan dan berkualiti tinggi. Paling utama, ia menambah keunikan dan ciri eksklusif yang ada pada setiap helaian yang kita hasilkan,” katanya.

Koleksi ini didatangka­n dalam lima warna pastel dan satu warna hitam (bold). Antaranya, Bamboo Leaves dengan warna asas putih gading bermotifka­n daun pokok buluh dan kipas palas kehijauan.

Pemilihan warna lembut seperti krim pada koleksi Bloomy Bouquet, kelabu untuk koleksi Frosty

Bloom dan biru lembut pada Garden Valley pula menyerlahk­an lagi motif bunga, menjadikan ia nampak lebih menonjol dan hidup.

Kata Veena, kejayaan mengetenga­hkan rekaan terkini dan menempa nama di pentas fesyen antarabang­sa sempena Minggu Fesyen Dunia Malaysia baru-baru ini, turut memberi inspirasi kepadanya untuk menghasilk­an rekaan selendang bersesuaia­n dengan tema minggu fesyen itu, ‘Love The Nature, Love The World’.

 ??  ?? FABRIK sutera satin tampak
mewah.
FABRIK sutera satin tampak mewah.
 ??  ?? MOTIF bunga menyerlahk­an penampilan.
MOTIF bunga menyerlahk­an penampilan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia