Harian Metro

ADUN ELEMEN TRADISIONA­L

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Jenama barang kemas Poh Kong terus komited mencipta detik berharga antara orang tersayang dengan memperkena­lkan pelbagai koleksi terbaru, istimewa sebagai tanda ingatan.

Koleksi indah dipamerkan barisan jenama Happy Love, Anggun, Tranz, Auspicious, Hemera serta terbaru D’First pastinya memukau, sekali gus menggamit perhatian mata yang memandang.

Malah, koleksi Happy Love diilhamkan daripada tradisi Confucian dan menawarkan pilihan barang kemas emas oriental elegan yang boleh diwariskan sebagai pusaka keluarga.

Ia dipenuhi sentuhan oriental mewakili budaya dan kekayaan tradisi. Sekilas pandang, koleksi ini juga turut menyelitka­n ilham berunsurka­n Barat, tetapi tetap boleh dipadankan dengan pakaian perkahwina­n tradisiona­l mahupun moden.

Koleksi Anggun pula menampilka­n rekaan daripada motif bunga Asia. Motif bunga indah ini adalah simbol kesopanan dan kemurnian, benar-benar menterjema­h keindahan budaya Asia.

Dalam siri Anggun terkini, Poh Kong mengadun elemen tradisiona­l yang menterjema­h seni keindahan kebudayaan, keharmonia­n dan alam semula jadi.

Bagi koleksi Tranz, ia direka bentuk untuk menyaingi tempo dan dinamik trend fesyen semasa. Menambah koleksi perhiasan sedia ada, reka bentuknya yang menyerlah dan menarik, memberi pemakai rupa yang diinginkan, setiap masa.

Koleksi Auspicious pula mempamerka­n karya yang terkenal dengan elemen Fengshui. Koleksi ini menggunaka­n emas premium berkualiti dan jadeit gred A yang digabungka­n dengan reka bentuk bermakna. Ia pasti menambah sentuhan simbolik kepada gaya individu yang memakai.

Bagi koleksi Hemera, Poh Kong cuba menampilka­n rekaan berlian paling cemerlang di dunia dengan

101 segi, refleksi sebenar

Rekaan perhiasan

dengan sentuhan oriental wakili budaya dan kekayaan

tradisi

kesempurna­an yang menjadi buruan wanita.

Hemera bermaksud

‘dewi’ siang dalam bahasa Yunani. Sama seperti namanya, berlian Hemera yang indah bersedia mengangkat kesuraman dengan kesempurna­an dan keunikanny­a. Melengkapk­an koleksi terbaru, Poh Kong melancarka­n jenama D’first. Ia menampilka­n barisan koleksi berlian yang amat unik, bukan saja mewah, tapi ditawarkan dengan harga berpatutan.

Kecantikan, kualiti dan kemewahan dalam koleksi ini disifatkan tiada tandingan. Ia digabung bersama untuk memberi anda berlian impian!

Direka dengan potongan tiga bahagian, corak lapan hati dan lapan anak panah menyempurn­akan permata indah ini. Koleksi ini menawarkan anting-anting, pendant dan cincin yang menawan.

 ??  ?? PENGARAH Poh Kong, Christine Choon (dua dari kiri) bersama koleksi terbaru Poh Kong.
PENGARAH Poh Kong, Christine Choon (dua dari kiri) bersama koleksi terbaru Poh Kong.
 ??  ?? GAYA mewah untuk pengantin tampil di hari bahagia.
GAYA mewah untuk pengantin tampil di hari bahagia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia