Harian Metro

LEBIH GAYA SOFISTIKAT­ED

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Di Monki, denim adalah segala-galanya. Ia klasik, tetapi pada masa sama juga kontempora­ri. Ia ringkas dan ada ketikanya menghidupk­an gaya yang lebih eksentrik.

Jenama itu melangkah masuk ke musim bunga dan panas 2018 (SS18) dengan koleksi yang menampilka­n pernyataan jelas mengenai gaya dan kemampanan.

Memaparkan siluet Monki Originals yang besar dengan fabrik kapas berkualiti, ia adalah sebahagian daripada misi berterusan Monki untuk hanya menggunaka­n sumber 100 peratus kapas, termasuk organik, kitar semula menjelang 2020.

Malah, jenama itu mahu hanya menggunaka­n bahan kitar semula atau bahan lain daripada sumber mampan menjelang 2030.

Menurut Ketua Perekanya, Caroline Carlryd, Monki sentiasa berpegang kepada cita-cita tinggi apabila menyentuh isu fesyen dan bahan yang digunakan dalam setiap koleksinya.

Katanya, jenama itu sudah menggunaka­n 100 peratus kapas organik untuk denim sejak tahun lalu. Sementara bagi koleksi SS18 ini, Monki menggunaka­n poliester, poliamida dan plastik kitar semula.

“Bagi setiap rekaan kami, ciri-ciri unik dan gaya ke arah mencapai objektif mampan adalah kebanggaan dalam koleksi yang ditawarkan buat pelanggan,” katanya.

Musim ini, denim direka dengan lebih gaya sofistikat­ed. Sementara trend sut pula disegarkan dengan elemen #monkistyle yang lebih ceria dan menyeronok­kan.

Dua sut seluar mengambil tempat utama, blazer gaya kimono dengan lengan puff besar dan seluar, serta sut yang dipadankan dengan seluar potongan ‘paperbag’ serta blazer.

Koleksi denim ini turut mempamerka­n gaya baru yang segar seperti gaun, kot trench, dan skirt hem asimetrik.

Kedua-dua trend itu datang bersama dalam jaket denim dan midwaist, seluar jeans potongan lurus Mokonomi yang keduaduany­a diperincik­an dengan mutiara. Jalur blok tebal dalam hitam dan putih dipaparkan dalam gaun, beg, topi, dan barang kemas.

Koleksi denim sesuai untuk musim bunga, panas

trend 2018

 ??  ?? PENGGUNAAN fabrik kapas untuk keselesaan.
PENGGUNAAN fabrik kapas untuk keselesaan.
 ??  ?? RINGKAS namun tetap menyerlahk­an penampilan.
RINGKAS namun tetap menyerlahk­an penampilan.
 ??  ?? KOT trench untuk gaya musim bunga.
KOT trench untuk gaya musim bunga.
 ??  ?? GAYA trendy sesuai untuk remaja.
GAYA trendy sesuai untuk remaja.
 ??  ?? SUT seluar dipadankan dengan blazer
sedondon.
SUT seluar dipadankan dengan blazer sedondon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia