Harian Metro

DAH PULIH...

- Recqueal Raimi hmkk@hmetro.com.my

Banjir di Kota Belud pulih sepenuhnya apabila 595 mangsa banjir yang masih ditempatka­n di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, semalam. Penduduk dibenarkan pulang mulai pagi selepas keadaan cuaca bertambah baik.

Pemangku Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Leftenan Kolonel Mohd Izaimi Md Daud berkata, PPS di Dewan Sekolah Menengah Agama (SMA) Tun Said ditutup pada jam 12.30 tengah hari.

Beliau berkata, PPS di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi II ditutup pada jam 2.10 petang.

“Mangsa dihantar pulang menggunaka­n trak APM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke kampung masing-masing.

“Semua kawasan termasuk kampung dan laluan yang sebelum ini terjejas banjir pulih sepenuhnya,” katanya dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.

Sehubungan itu katanya, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di Kota Belud, ditutup sepenuhnya, jam 2.25 petang, hari ini.

Banjir melanda daerah ini sejak 11 Disember lalu menyebabka­n 1,829 orang

595 mangsa banjir di dua PPS dibenarkan

pulang ke rumah masing-masing

dipindahka­n ke lima PPS.

PPS terbabit adalah Dewan SMA Tun Said, Dewan SM Dewan SMK Taun Gusi II, Dewan Masyarakat Tun Said, Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Kota Belud dan Dewan Kompleks Sukan Botung. Bencana itu menyebabka­n sekurang-kurangnya 26 kampung di daerah ini dinaiki air dan beberapa laluan utama tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Dalam pada itu, di Membakut dekat Beaufort, hanya lima daripada 99 mangsa banjir masih ditempatka­n di satu PPS yang dibuka di daerah kecil berkenaan iaitu di Dewan Serbaguna Membakut. Difahamkan, mangsa lain dibenarkan pulang selepas keadaan cuaca bertambah baik dan banjir surut.

 ?? FOTO ?? MANGSA banjir dihantar pulang ke kampung masing-masing
oleh APM dan ATM.
FOTO MANGSA banjir dihantar pulang ke kampung masing-masing oleh APM dan ATM.
 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia