Harian Metro

GEMPAR LTS DISERANG ‘PENGGANAS’

- Hazsyah Abdul Rahman hmkk@hmetro.com.my

Pasukan ESSCOM jalani eksesais di pintu masuk utama

Orang ramai yang berada di Lapangan Terbang Sandakan (LTS), dekat sini, semalam, gempar seketika apabila menyaksika­n kejadian berbalas tembakan antara pasukan keselamata­n dan sekumpulan ‘pengganas’ bagi menyelamat­kan ‘tebusan’.

Pada mulanya, ‘pengganas’ yang menculik tebusan itu dipercayai cuba menawan lapangan terbang terbabit. Anggota keselamata­n cuba menjalanka­n rundingan dengan ‘pengganas’, namun usaha itu gagal.

Susulan itu, anggota keselamata­n melancarka­n operasi khas menumpaska­n ahli kumpulan berkenaan. Akibatnya, ‘kumpulan pengganas’ tewas apabila ahlinya ‘ditembak mati’ ketika cuba melarikan diri di luar dan dalam lapangan terbang terbabit.

Ia berakhir dengan semua ‘penjenayah’ terbunuh. Bagaimanap­un, situasi itu hanya demontrasi menyelamat sempena Bengkel Eksesais Pasak Tiga Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) 2017.

Komander ESSCOM Datuk Hazani Ghazali berkata, latihan itu diadakan di Lapangan Terbang Sandakan kerana ia pintu masuk utama ke daerah ini.

“Latihan seperti ini turut dijalankan di tempat lain. Kita tengok sejarah, lapangan terbang sering diserang dan ditawan pengganas. Disebabkan itu, kita perlu tahu mempelajar­i dan memahami mengenai krisis dalam senario itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutupan Bengkel Eksesais Pasak Tiga ESSCOM 2017 di Lapangan Terbang Sandakan di sini, semalam.

Dalam pada itu, Hazani berkata, tahap keselamata­n di Lapangan Terbang Sandakan dalam keadaan terkawal dan tenang.

Mengulas lanjut berhubung eksesais berkenaan, Hazani berkata, pihaknya berpuas hati dengan pelaksanaa­n bengkel eksesais terbabit.

“Diharapkan, eksesais ini diteruskan dari masa ke semasa di pantai timur Sabah.

“Ia penting untuk menyelaras­kan semua agensi apabila dalam krisis dan bencana. Eksesais kali ini membabitka­n gabungan 15 agensi dan jabatan serta dengan kekuatan seramai 134 anggota,” katanya.

 ??  ?? ‘PENGANAS’ dilumpuhka­n anggota keselamata­n di Lapangan Terbang Sandakan. ANGGOTA keselamata­n menembak ‘pengganas’ sempena Bengkel Eksesais Pasak Tiga ESSCOM 2017.
‘PENGANAS’ dilumpuhka­n anggota keselamata­n di Lapangan Terbang Sandakan. ANGGOTA keselamata­n menembak ‘pengganas’ sempena Bengkel Eksesais Pasak Tiga ESSCOM 2017.
 ??  ?? HAZANI (tengah) meninjau tapak pusat kawalan operasi eksesais PASAK di Lapangan Terbang Sandakan, semalam.
HAZANI (tengah) meninjau tapak pusat kawalan operasi eksesais PASAK di Lapangan Terbang Sandakan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia