Harian Metro

INGAT BUNYI GESERAN

-

Kemunculan seekor ular tedung selar yang berlingkar di dalam tandas mengempark­an kakitangan Jabatan Penerangan di Tanjung Manis, di sini, semalam. Kejadian jam 9.50 pagi itu disedari seorang kakitangan jabatan berkenaan yang masuk ke tandas berkenaan sebelum mendengar bunyi pelik.

Pembantu Penerangan, Helmie Ekni, 43, berkata, kehadiran tetamu tidak diundang sepanjang dua meter itu disedari sebaik saja dia memasuki tandas berkenaan.

“Pada mulanya saya terdengar bunyi mendesik yang disangka bunyi geseran. Namun sebaik saja memasuki tandas, saya terkejut melihat objek hitam panjang berlingkar di dalam tandas berkenaan,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Helmie berkata, dia bergegas memaklumka­n penemuan reptilia itu kepada rakan sekerja sebelum menghubung­i Balai Bomba Tanjung Manis bagi mendapatka­n bantuan.

Katanya, ia pengalaman pertamanya terserempa­k dengan haiwan berkenaan di dalam tandas, namun bersyukur menyedarin­ya lebih awal.

“Saya bersyukur reptilia ini tidak mencederak­an sesiapa pun. Kejadian tidak diduga ini mengingatk­an saya lebih berwaspada pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba Tanjung Manis berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10 pagi.

Menurutnya, operasi menangkap ular itu mengambil masa 10 minit kerana reptilia berkenaan tidak agresif.

“Sebaik ditangkap, ular berkenaan dilepaskan semula ke habitat asalnya di hutan berhampira­n,” katanya.

 Pembantu Penerangan tergamam tedung selar berlingkar dalam tandas

 ??  ?? TEDUNG selar ditangkap anggota bomba di Jabatan Penerangan di Tanjung Manis sebelum dilepaskan semula ke habitat asal.
TEDUNG selar ditangkap anggota bomba di Jabatan Penerangan di Tanjung Manis sebelum dilepaskan semula ke habitat asal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia