Harian Metro

Giat buru suspek ASG masih bebas

-

Polis Sabah sudah berhubung dengan pasukan keselamata­n Filipina untuk memburu seorang lagi ahli kumpulan Abu Sayyaf (ASG) yang masih bebas.

Difahamkan, suspek itu antara 11 individu yang menganggot­ai ASG dan kumpulan ini juga dikenali sebagai Ia dikesan aktif melakukan aktiviti jenayah rompak dan culik untuk tebusan (KFR) di pantai timur negeri ini.

Bagaimanap­un, setakat ini, sembilan daripadany­a ditangkap dan ditembak mati pasukan keselamata­n Filipina.

Seorang lagi dikenali sebagai Komander Paliyak turut ditembak mati pasukan keselamata­n Malaysia di perairan Laut Silam, Lahad Datu, 4 November lalu.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Ramli Din ketika diminta mengulas mengenai perkembang­an terkini perkara itu berkata, usaha giat dijalankan masih memburu suspek yang masih bebas.

“Kita sudah berhubung

Two Brothers.

dengan pasukan keselamata­n di Filipina untuk mengesan suspek,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kota Kinabalu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)

Sabah di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Salehhudin Abd Rahman dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai.

Ramli berkata, menerusi lawatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelmarin, beberapa perkara diumumkan sebagai langkah membantu pasukan keselamata­n melakukan kawalan keselamata­n di pantai timur Sabah.

“Antaranya, anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) membantu penugasan di kawasan pantai timur negeri ini,” katanya.

 ??  ?? RAMLI (kiri) menyerahka­n Anugerah Khas Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bandar Raya Kota Kinabalu kepada Pengerusi Syukbah Wanita dan Kemasyarak­atan Masjid Bandaraya Datuk Dr Suzain Suhaimi sambil diperhatik­an Yeo (tengah).
RAMLI (kiri) menyerahka­n Anugerah Khas Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bandar Raya Kota Kinabalu kepada Pengerusi Syukbah Wanita dan Kemasyarak­atan Masjid Bandaraya Datuk Dr Suzain Suhaimi sambil diperhatik­an Yeo (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia