Harian Metro

IMPIAN KE HARVARD

Suami isteri genggam PhD berhasrat dalami bidang kedoktoran buat kali kedua di universiti terkemuka dunia

- Suraya Roslan dan Muhammad Saufi Hassan am@hmetro.com.my

Selepas menamatkan pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di University of Edinburgh, sepasang suami isteri memasang impian untuk lebih mendalami bidang kedoktoran di Universiti Harvard, Amerika Syarikat.

Pasangan itu, Dr Wan Fahmi Wan Mohamad Nazarie, 32, dan isterinya, Dr Nur Annies Abd Hadi, 32, menamatkan pengajian PhD selepas lima tahun menuntut di universiti berkenaan.

Dr Wan Fahmi berkata, beliau dan isteri berhasrat mendalami bidang kedoktoran di sebuah universiti terkemuka dunia.

“Kami menyimpan hasrat melanjutka­n kepakaran dalam program pasca kedoktoran di Universiti Harvard. Ini menjadi impian kami bersama.

“Bagaimanap­un, itu mungkin perancanga­n jangka masa panjang memandangk­an saya bakal bertugas di Institut Perubatan Molekul Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) manakala isteri di Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM),” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Dr Wan Fahmi dan Dr Nur Annies menamatkan pengajian serentak, sekali gus menggengga­m PhD pada Majlis Graduasi University of Edinburgh, Scotland.

Kedua-duanya melanjutka­n pengajian peringkat kedoktoran di University of Edinburgh selepas menerima tawaran daripada Majlis Amanah Rakyart (MARA) melalui Program Pasca Siswazah Luar Negara pada 2012 dan 2013.

Dr Wan Fahmi melakukan kajian tesis bertajuk Network-based Visualisat­ion and Analysis of Next-Genearatio­n Sequencing (NGS) Data di Institut

Roslin.

Beliau berkata, isterinya pula melakukan kajian tesis

bertajuk DNA Methylatio­n Dynamics and Epigenetic Diversity in Developmen­t di Queen’s Medical Research Institute (QMRI).

“Kami melanjutka­n pelajaran ke peringkat ijazah kedoktoran selepas menerima tawaran daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui Program Pasca Siswazah Luar Negara pada 2012 dan 2013.

“Pengajian kami memakan masa lima tahun dan alhamdulil­lah kami menamatkan­nya serentak dan meraikan kejayaan ini bersama,” katanya.

Dr Wan Fahmi dan Dr Nur Annies adalah graduan ijazah sarjana masing-masing dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Sains Malaysia (USM) pada 2007 dan pemegang sarjana dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2011 dan 2013.

Kami menyimpan hasrat melanjutka­n kepakaran dalam program pasca kedoktoran di Universiti Harvard” Dr Wan Fahmi

Wan Mohamad Nazarie

 ??  ?? DR Nur Annies (dua dari kiri) dan Dr Wan Fahmi (tiga dari kiri) pada Majlis Graduasi University of Edinburgh, Scotland.
DR Nur Annies (dua dari kiri) dan Dr Wan Fahmi (tiga dari kiri) pada Majlis Graduasi University of Edinburgh, Scotland.
 ??  ?? MAJLIS graduasi di University of Edinburgh.
MAJLIS graduasi di University of Edinburgh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia