Harian Metro

‘PULUN’ BUAT SETIAP PERKARA

-

Sungai Korok Baru, Alor Star, Kedah ini, motivasi itu timbul atas kesedaran keadaan keluargany­a ketika itu bukanlah golongan senang.

Semua itu mendorong beliau memanfaatk­an setiap peluang dengan menggunaka­n kelebihan menguasai bahasa Arab untuk memajukan diri.

“Apabila berada pada tahap sekarang dengan memiliki syarikat sendiri dan dikurniaka­n pelbagai pengiktira­fan, saya tidak lupa bersyukur dan mengenang kehidupan lalu.

“Saya tidak membesar dalam keluarga senang dan kehidupan ketika kecil boleh diibaratka­n kais pagi makan pagi, kais petang tidak tentu ada untuk dimakan.

“Maklumlah pendapatan orang tua kerja kampung lumayan. Bapa yang membesarka­n saya, Mohd Jamil hanyalah pembantu kantin sekolah dan ibu

Ain Nurain pula sekadar mengambil upah menuai padi sawah orang.

“Namun keluarga saya cukup dikenali orang kampung kerana ibu mengajar mengaji.

Saya kadangkala turut membantu mengajar anak penduduk kampung. Itulah pekerjaan pertama saya.

“Ada juga rasa hendak memberonta­k dan tidak suka mengajar mengaji kerana tidak dapat mengikut kawan merayau sekeliling kampung, tapi untuk melawan orang tua jauh sekali.

“Saya dididik untuk taat selain diajar mengisi masa dengan ilmu,” katanya mengakui keluarga adalah pendorong kejayaan dikecapi ketika ini.

Mengakui hidupnya berubah sebaik menerima biasiswa tajaan kerajaan Kuwait dan ditawarkan mengikuti pengajian ke universiti negara teluk terbabit.

Itulah detik manis banyak membuka perspektif betapa pentingnya ilmu baik dalam apa bidang pun.

“Saya menerima tawaran menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Syariah (Fiqh wa Usuluhu), Universiti Kuwait.

“Boleh dikatakan sistem pendidikan negara kita melangkau beberapa tapak ke hadapan dari segi tahap membuatkan pelajar Malaysia antara kelompok cemerlang di sana.

“Menariknya berkenaan pelajar tajaan Kuwait, segala keperluan kami ditaja termasukla­h tiket pulang ke Malaysia setahun sekali. Asrama pelajar mereka sediakan tahap ‘kondo’ dengan fasiliti serba mewah.

“Selain itu duit poket diberikan juga lumayan hingga boleh dikirim ke kampung. Hasil wang itu boleh digunakan untuk baiki rumah dan menampung keluarga saya di Malaysia,” katanya yang sempat bekerja di negara itu sebelum kembali ke Malaysia.

Beliau juga mempunyai trek kerjaya cemerlang

 ??  ?? RINTIS kewangan syariah menerusi Amanie Advisors antara kejayaan dikecapi Daud.
RINTIS kewangan syariah menerusi Amanie Advisors antara kejayaan dikecapi Daud.
 ??  ?? SENTIASA menjadi mentor buat staf Amanie Advisors.
SENTIASA menjadi mentor buat staf Amanie Advisors.
 ??  ?? TURUT dikenali sebagai penulis profilik.
TURUT dikenali sebagai penulis profilik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia