ISU TIADA ANAK DIPERBESAR
mengelak mempunyai anak kerana terlalu suka melancong. Baru-baru ini saya disindir kakak ipar kerana seperti orang bujang hanya kerana terlewat menyediakan sarapan dan sajian tengah hari.
Malah kakak ipar tidak memasak atas alasan sibuk menguruskan anak. Walaupun terluka saya diamkan diri dan mengelak memperbesarkan hal itu.
Namun mereka bertambah galak menyindir selain melontarkan pelbagai tuduhan. Mereka mengatakan saya suka dengan gaya hidup santai tanpa anak.
Saya tertekan tetapi mengelak menjawab tuduhan mereka kerana mahu menjaga air muka suami. Saya tidak tahu sampai bila dapat bertahan.
LALA Kuala Lumpur
ada hadnya. Kalau puan mengambil pendekatan terus berdiam, ia tidak membantu menjernihkan keadaan malah membuatkan anda semakin tertekan.
Alangkah baiknya puan berbincang dari hati ke hati dengan suami untuk mengatasi dilema dihadapi ketika ini. Masalah berpunca daripada keluarga suami, semestinya dia lebih arif menangani sikap dan emosi negatif ahli keluarganya.
Dalam isu ini, suami wajar memainkan peranan selaku pendamai serta orang tengah dapat memberi ‘good rapport’ (memaklumkan sesuatu baik mengenai pihak satu lagi kepada pihak berselisih) kepada keduadua pihak. Ini membantu menghidupkan suasana harmoni di antara isteri dan keluarga mentua.
Menerusi penceritaan puan, suami kurang memainkan peranan secara berkesan. Sikapnya negatif terutama menghadapi isu anak apabila enggan berjumpa doktor.
Untuk itu puan perlu terus memujuk suami mengunjungi hospital atau pakar bersesuaian. Usah lari daripada isu berkenaan kerana ia menimbulkan masalah di antara puan dan suami kelak.
Mengenai tuduhan liar ibu mentua dan kakak ipar, hadapi dengan tenang. Cuba berkongsi hal yang perlu selain meminta mereka memberi ruang buat puan dan suami terus berikhtiar.
Ketika ini mereka hanya membuat spekulasi sendiri tanpa memikirkan situasi mahupun perasaan sebenar puan. Minta mereka lebih memahami dan letakkan diri dalam situasi puan.