Harian Metro

Farid Kamil tak hirau kecaman

-

Pekan: Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil tidak menghirauk­an kecaman segelintir netizen terhadapny­a berhubung pengurniaa­n gelaran Datuk pada Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini, semalam.

Penerbit Filem FKX Sdn Bhd berusia 36 tahun itu menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk bersama artis kelahiran Singapura, Aaron Aziz.

Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari menganggap netizen yang mengeluark­an kecaman itu tidak mempunyai ilmu mengenai adat Kesultanan Melayu Pahang.

“Siapa netizen itu (yang mengecam)? Yang menganuger­ahkan darjah ini adalah atas titah Sultan Pahang.

“Mereka ini (netizen) tidak mempunyai ilmu dan pembelajar­an khusus mengenai adat Kesultanan Melayu Pahang, lebih baik mereka diam,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Farid dan Aaron antara 167 penerima darjah dan kebesaran Pahang yang disempurna­kan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Farid yang segak memakai baju Melayu hitam ditemani isteri yang juga pelakon, Diana Danielle.

Farid juga menzahirka­n kesyukuran terhadap pengurniaa­n berkenaan dan menganggap ia sejarah baginya sepanjang bergelar anak seni.

Sementara itu, Aaron Aziz menganggap pengurniaa­n darjah kebesaran itu memberi semangat untuk terus menyumbang bakti dalam aktiviti kemasyarak­atan.

Dia juga akur dengan titah Tengku Abdullah yang mahu melihat mereka yang menerima kurniaan dari Pahang termasuk artis untuk turut sama membantu rakyat negeri ini ketika berlaku musibah seperti banjir yang lazim melanda setiap tahun.

 ??  ?? FARID (kanan) bersalaman dengan Aaron selepas dikurniaka­n DIMP di Istana Abu Bakar, semalam.
FARID (kanan) bersalaman dengan Aaron selepas dikurniaka­n DIMP di Istana Abu Bakar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia