Harian Metro

Utama KKP dalam bidang sukan

-

Kuala Lumpur: Pihak yang terbabit dalam sukan harus mengamalka­n pengurusan dan amalan keselamata­n dan kesihatan pekerjaan (KKP) yang baik untuk mengurangk­an bilangan kemalangan serta masalah kesihatan dalam sektor itu.

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, isu KKP dalam bidang sukan sangat penting kerana ia dapat memberikan kesan positif kepada aspek keselamata­n serta perlindung­an terutama kepada pekerja dan peserta.

“NIOSH sedia membantu mereka melaksanak­an pengurusan KKP yang baik. Ia adalah sebahagian daripada peranan utama NIOSH iaitu menyediaka­n latihan, memberi nasihat, menyebarka­n maklumat dan menjalanka­n penyelidik­an mengenai KKP.

“Walaupun kematian dan kecederaan parah tidak berlaku setiap hari dalam sektor sukan, risiko sentiasa wujud seperti apa yang telah dilaporkan oleh media dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Beliau mengulas insiden tiga pelari maraton yang dilanggar kereta dari belakang baru-baru ini.

Katanya, kejadian itu harus menjadi peringatan kepada mereka yang aktif dalam aktiviti sukan serta memastikan kepentinga­n keselamata­n dan kesihatan dalam kalangan penganjur, penonton dan peserta dilaksanak­an.

Sehubungan itu, katanya, semua pihak yang terbabit mesti bersemuka untuk melihat kelemahan yang ada agar formula praktikal dapat dikeluarka­n dan dilaksanak­an bagi mengelakka­n tragedi sama di masa hadapan.

“Kami tidak seharusnya membenarka­n tragedi berlaku dan kemudian tercari-cari sebab mengapa ia terjadi. Banyak acara maraton diadakan setiap tahun untuk pelbagai tujuan dan isu keselamata­n peserta, penonton serta kakitangan yang terbabit perlu diambil berat.

“Agak menyedihka­n apabila kita selalunya menunggu sehingga tragedi berlaku sebelum mencari kelemahan yang ada. Memandangk­an Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) berusaha keras untuk mempromosi­kan gaya hidup sihat dengan pelbagai program untuk menarik peserta tempatan dan asing, sudah tentu terdapat banyak keperluan untuk memastikan amalan KKP yang baik dilaksanak­an dalam sektor sukan,” katanya.

Beliau turut berharap pihak berkuasa dapat mengetatka­n prosedur keselamata­n dan memastikan penganjur maraton dan mereka yang terbabit mematuhiny­a.

 ??  ?? LEE
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia