Harian Metro

KERAJAAN MANSUH PELAKSANAA­N IMAMS

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan (KPK) membatalka­n pelaksanaa­n Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) semalam selepas mengambil kira bantahan pelbagai pihak.

Timbalan Menterinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pembatalan itu dibuat sehari selepas ia dilancarka­n berikutan pelbagai masalah termasuk menimbang semula kadar cukai barang dan perkhidmat­an (GST) yang dikenakan kepada jemaah umrah.

Katanya, syarikat terbabit didapati tidak memberikan maklumat betul pada awalnya dan beliau hanya mengetahui­nya beberapa jam selepas sidang media di Putrajaya kelmarin.

“Apabila dibuat semakan memang betul ada seorang COO (Ketua Pegawai Operasi) sendiri (bukan beragama Islam) dan beliau sudah meletakkan jawatan dalam syarikat terbabit.

“Tetapi bagi saya ia tidak menyelesai­kan masalah kerana kemusnahan sudah berlaku.

“Sebab itu kita mengambil kira apa yang berlaku dan membatalka­nnya. Menteri (Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz) juga sudah dihubungi dan beliau mengarahka­n sistem ini dibatalkan,” katanya dalam sidang di sini, semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) berkata, pihaknya

COO syarikat bukan

Islam bertindak

letak jawatan

akan mengkaji semula kaedah terbaik untuk menjaga kepentinga­n jemaah umrah negara ini selepas mengadakan perbincang­an dengan pihak terbabit.

“Pertama cadangan ini perlu dibawa kepada KPK dan MKSU, kedua kita akan buat kajian menyeluruh mengenai pasaran dan sebagainya untuk memastikan keberkesan­annya serta ketiga tidak membebanka­n rakyat,” katanya.

Menurutnya, MKSU yang dianggotai pihak berkaitan pengendali­an umrah termasuk persatuan pelanconga­n akan turut mengkaji mekanisme terbaik berkaitan GST yang lebih berpatutan.

Katanya, kadar insurans yang dikenakan nanti perlu komprehens­if mencakupi perlindung­an untuk bagasi, penginapan, pengangkut­an, kemalangan serta tidak terhad kepada tuntutan sehingga RM2,000 atau RM3,000 seperti diguna pakai kini.

Beliau juga memberi amaran kepada syarikat pengendali umrah supaya tidak menjual visa umrah dan menasihatk­an orang ramai supaya berhati-hati memilih syarikat terbabit.

“Kementeria­n akan tetap komited dan membantu demi kemaslahat­an umat dan rakyat Malaysia keseluruha­nnya,” katanya.

 ?? Mas Ermieyati ?? Apabila dibuat semakan memang betul ada seorang
COO (Ketua Pegawai Operasi) sendiri (bukan beragama Islam) dan beliau sudah meletakkan jawatan dalam syarikat terbabit”
Mas Ermieyati Apabila dibuat semakan memang betul ada seorang COO (Ketua Pegawai Operasi) sendiri (bukan beragama Islam) dan beliau sudah meletakkan jawatan dalam syarikat terbabit”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia