Balas dendam pencabul kekasih
Seorang lelaki berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas membunuh lelaki yang mencabul teman wanitanya selama beberapa tahun pada 2015.
Jace Crehan, 23, didapati bersalah membunuh pencabul kanak-kanak, Robert Noce Jr, yang mendera teman wanita tertuduh, Brittany Monk ketika wanita itu berusia antara empat hingga 12 tahun sewaktu Noce bercinta dengan ibunya.
Crehan dan Brittany - yang ketika itu hamil tujuh bulan memecah masuk ke kediaman Noce dan membunuhnya.
Pasangan itu mengambil tindakan drastik berkenaan selepas Noce cuma dikenakan hukuman probasi lima tahun terhadap tuduhan cabul, dua minggu sebelum dia dibunuh.
Brittany, 20, mengaku salah pada awal tahun ini kerana membantu Crehan memecah masuk ke kediaman Noce.
Selepas ditangkap, Crehan mengaku perbuatannya dan berkata, dia tidak menyesal kerana menganggap sistem kehakiman gagal memberi keadilan kepada kekasihnya.
“Saya rasa lega. Saya tidak menyesal perbuatan itu,” katanya ketika membuat pengakuannya pada 2015.
Peguam bela Franz Borghardt berkata, Noce menjadikan Brittany hamba seksnya pada usia yang terlalu kecil sedangkan dia menanggapnya sebagai bapa.
“Mereka tidak berniat membunuhnya, cuma mahu dia tidak menggangu mereka kerana Crehan menganggap Noce ancaman terhadap Brittany dan anak dikandungnya.
“Malangnya keadaan menjadi tidak terkawal menyebabkan Noce terbunuh,” katanya.
Mahkamah menetapkan 18 Januari ini untuk menjatuhkan hukuman. Crehan berdepan hukuman penjara seumur hidup, manakala Brittany berkemungkinan dijel maksimum 40 tahun. - Daily Mail Wanita Arab Saudi bakal dibenarkan memandu lori serta menunggang motosikal, kata pihak berkuasa negara itu tiga bulan selepas membuat keputusan bersejarah membenarkan golongan itu memandu.
Direktorat Lalu Lintas Arab Saudi