Amirul wira Perak
Lumpur: Pemain bowling negara Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman mahu menamatkan tahun ini dengan noktah gemilang apabila menyasarkan pencapaian terbaik di Piala Storm di Korea Selatan yang membuka tirainya semalam.
Atlet berusia 27 tahun itu kini menghuni ranking pertama Asia berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bowling Wanita Asia (ABF), percaya apa saja boleh berlaku terutama ketika dia kini berada di prestasi terbaik.
“Satu tahun yang cukup luar biasa, bukan hanya untuk saya tetapi seluruh skuad bowling negara.
“Selama bertahun-tahun saya berjuang untuk memperbaiki ranking dan kini saya adalah pemain nombor satu, satu perasaan yang begitu menakjubkan.
“Semangat pasukan juga begitu baik dan kami akan mula berlatih menyesuaikan diri dengan lorong hari ini (semalam). Kami harap semuanya akan berjalan lancar,” katanya yang turut membantu pasukan wanita negara meraih emas di Kejohanan Dunia di Las Vegas.
Antara pemain yang akan turut sama beraksi di Korea terdiri daripada pemain nombor dua Asia Sin Li Jane, Rafiq Ismail, Timmy Tan dan atlet berpengalaman negara, Shalin Zulkifli.
Sementara itu, pada saingan Kejohanan Bowling Pesta Pulau Pinang ke-45, wakil negara Syafiq Ridhwan menamatkan saingan di kedudukan kelima dan keputusan itu menyaksikan dia terlepas peluang beraksi di pusingan akhir stepladder.
Selepas lapan permainan, Syafiq mengumpul 1,755 jatuhan pin dalam aksi yang dikuasai oleh pemain Indonesia Ryan Lalisang (1,849) diikuti Callum Borck (1,805) dan Sam Cooley (1,784) masing-masing dari Australia.
Ryan yang diletakkan sebagai pilihan utama, menewaskan Borck 183-210, 233-146 di pusingan akhir. Borck sebelum itu menewaskan Cooley dengan kelebihan satu jatuhan pin 201-200. Kuala Lumpur: Amirul Hanif Mamat muncul wira selepas membantu Perak meraih kejuaraan Kejohanan Hoki Lelaki Bawah 14 Tahun (B-14) TNB-1Mas dengan menumpaskan Sabah 5-4 dalam penentuan penalti shoot-out di Stadium Hoki Nasional, semalam.
Selepas terikat 1-1 dalam aksi sebenar, penentuan juara terpaksa dilakukan melalui penalti shoot out dan Amirul tenang menyempurnakan tugas selaku pemukul terakhir.
Menurut jurulatih Perak Azmi Yahya, apa yang mereka rancangkan sebelum perlawanan akhir berjaya membuahkan hasil walaupun status mereka bukan pasukan pilihan tahun ini.
“Bagaimanapun, saya mula mendapat keyakinan tinggi untuk menumpaskan Sabah hari ini terutama selepas pemain berjaya menjaringkan gol penyamaan,” katanya sejurus perlawanan.
Jelasnya, barisan pemain juga menunjukkan banyak peningkatan sejak dari awal kejohanan sehinggalah perlawanan akhir.
“Saya cukup kagum dengan semangat mereka dan kejayaan hari ini membolehkan Perak melakar hatrik selepas menjuarai B-16 dan Piala Razak. Kami seperti meraih bonus berganda,” katanya.
Pada aksi akhir hari ini, Sabah terlebih dulu berada di depan pada minit ke-25 menerusi pukulan sudut penalti Daniel Hakim Yusaini.
Perak bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan menerusi Yusuf Hakimi Shah Amad tiga minit kemudian juga menerusi pukulan sudut penalti.
Sementara itu dalam final wanita, Pulau Pinang muncul juara selepas mengalahkan Kuala Lumpur 1-0 hasil jaringan Siti Nur Atika Shaikh Maznan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-42.