Harian Metro

BIJAK ‘BACA’ LAWAN

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

 Hariz mahu jadi sehebat Silva di bahagian pertahanan

Penolong ketua pasukan skuad bawah 15 tahun negara (B-15), Muhammad Hariz Mansor antara tonggak pertahanan tengah terbaik yang bakal mewarnai dunia bola sepak tanah air suatu hari nanti.

Sejak bila anda mula bermain bola sepak dan bagaimana boleh terpilih menyarung jersi negara (skuad B-15)?

Saya memulakan

Memiliki fizikal yang ideal selain ketenangan dan bijak membaca permainan antara keistimewa­an yang ada pada dirinya. Maka tidak hairanlah sekiranya Hariz digelar ‘Gerard Pique’ Malaysia dalam pembikinan.

Mari ikuti temubual bersama Hariz yang kini berada di kampung halamannya, Kota Bharu, Kelantan.

karier bola sepak sejak berumur tujuh tahun lagi. Abang saya juga bermain bola sepak untuk sekolah sukan negeri Kelantan. Minat ini juga dipengaruh­i oleh keluarga saya yang turut meminati sukan nombor satu ini . Keluarga saya banyak mendorong serta membantu karier bola sepak saya. Saya terpilih menyarung jersi negara sejak berumur 12 tahun. Pada mulanya saya mengikuti skuad ini ketika melalui fasa pemilihan di bawah kendalian jurulatih Lim Teong Kim di Sekolah Sukan Bukit Jalil.

S: Anda bermain di posisi mana dan mengapa memilih posisi itu?

J: Saya bermain di posisi pertahanan tengah. Saya memilih posisi ini kerana saya rasa fizikal dan stamina saya sesuai bermain di posisi berkenaan. Selain itu posisi ini juga memudahkan saya mengatur pasukan dan mengawal situasi pihak lawan.

S: Siapa Idola anda di posisi itu dan kenapa memilihnya?

J: Ada yang samakan saya dengan Gerard Pique tapi idola saya adalah Thiago Silva (Brazil). Saya meminatiny­a kerana dia bijak mengawal pertahanan dan membaca gerakan lawan. Selain itu kesungguha­n dan sikap tanggungja­wab dia juga membuatkan saya meminatiny­a.

S: Anda sering berjauhan dengan keluarga kerana mengikuti latihan dan perlawanan sepanjang tahun ini. Bagaimana dengan sokongan keluarga selama ini dan apakah nasihat yang sering diberikan?

J: Minat yang mendalam terhadap sukan bola sepak membuatkan saya lebih kuat serta tabah menjalani kehidupan berjauhan dengan keluarga. Ahli keluarga banyak memberi sokongan kepada saya. Antara nasihat mereka untuk berjaya mesti selalu menunjukka­n kesungguha­n dan disiplin yang tinggi di dalam dan di luar padang. Mereka juga menasihatk­an saya supaya mematuhi ajaran agama Islam dengan tidak meninggalk­an solat dan berdoa.

S: Apa perancanga­n anda dalam kerjaya sebagai pemain bola sepak?

J: Perancanga­n saya adalah berlatih bersungguh-sungguh serta meningkatk­an permainan bagi membantu menaikkan nama Malaysia di mata dunia.

S: Apakah impian anda sebagai pemain bola sepak?

J: Impian saya adalah untuk mewakili kelab bola sepak ternama di dunia seperti Paris Saint-Germain (PSG), Barcelona dan Chelsea.

 ??  ?? IBU dan bapa yang banyak beri doroangan kepada Hariz. SILVA idola
Hariz. HARIZ (bawah kanan) ketika menjadi kapten B-15 negara.
IBU dan bapa yang banyak beri doroangan kepada Hariz. SILVA idola Hariz. HARIZ (bawah kanan) ketika menjadi kapten B-15 negara.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia