Harian Metro

MASIH BERBISA

- Izzali Ismail sukan@hmetro.com.my

 Bekas pemain Kedah, Pulau Pinang tunjuk taring di perlawanan nostalgia persahabat­an

Bekas pemain-pemain ternama yang pernah menyarung jersi Kedah dan Pulau Pinang seawal 80an dan 90an masing-masing masih mampu memperagak­an skill berbisa apabila mencatat keputusan seri 3-3 dalam perlawanan nostalgia persahabat­an antara Ex Kedah menentang Ex Penang di Stadium Mini Peremba, baru-baru ini.

Aksi antara dua negeri berjiran itu adalah sebagai tanda persahabat­an yang terjalin erat sesama pemain dan ada di antara pemain berkenaan pernah bersama-sama menyertai pasukan kebangsaan di peringkat permulaan pembabitan mereka dalam arena bolasepak satu masa dulu.

Pada aksi perlawanan berkenaan, Ex Kedah memulakan jaringan gol pertama melalui percubaan bola tinggi oleh Amirul Nizam Mahadzir dan diikuti kejutan tiga gol berturut-turut oleh penyerang Ex Penang, Zulhadi Zulkifli yang tangkas melalui gerakan.

Terkesan dengan ketinggala­n jaringan gol, Ex Kedah bangkit sekali lagi dengan penjaring yang sama iaitu Amirul Nidzam dan gol ketiga pada minit akhir perlawanan melalui Rafdi Rashid yang akhirnya menyamakan kedudukan 3-3.

Menurut ketua pasukan Ex Kedah, Khamal Idris Ali, agenda perjumpaan dan perlawanan yang diatur antara kedua dua pasukan itu adalah sebagai tanda ingatan persahabat­an yang erat sesama sahabat lama yang mewakili kedua dua negeri dan juga negara.

“Di samping mengeratka­n hubungan silaturahi­m sesama pemain, perlawanan malam ini juga dinantikan peminat dan dapat menghilang­kan kerinduan peminat yang menantikan aksi pemain yang pernah menjadikan mereka sebagai idola satu masa dulu,” katanya.

Manakala bagi ketua pasukan dan juga lagenda untuk pasukan Ex Pulau Pinang, Aziz Azizan berkata, kemunculan pasukannya di Kedah sungguh bermakna kerana usaha mempertemu­kan rakan-rakan lama dapat menyatukan ikatan persahabat­an yang kukuh sesama bekas pemain.

“Dengan semangat persahabat­an yang terjalin kita merancang untuk terus mengadakan aktiviti perlawanan bersama di masa depan,” katanya.

Antara pemain Ex Kedah yang hadir dalam perlawanan persahabat­an itu ialah Amirul Nizam Mahadzir, Khamal Idris, Faraouk Ismail, Feriza Ismail, Tan Gim Hong, Ravichadra­n, Idrisman, Mat Zahir Wahab, Zulkifli, Syed Alwi, Thinagaran, Khattul Anuar Hamid, Rafdi Rashid, Acong, Victor Andrag, dan Fauzi Nan dan Shahrin Salim.

Sementara Ex Pulau Pinang pula dibarisi Aziz Azizan, Manzoor Azwira, Salahuddin Che Ros, Azmi Ali, Firos Muhamad, Fauzi ibrahim, Mansor Sulaiman, Saravanan, Ravichandr­an, Azli Fasya, Suresh Kumar Nordin Khamis, Mat Saiful, Faizal@Sultan, Zamri@Doy, Azahari, Noraslan, Zulhadi Zulkifli, Azri Phin, Amir Hamzah dan Raduan Dollah.

Terdahulu, pasukan Ex Pulau Pinang hadir ke Stadium Sultan Abdul Halim bagi menghadiri jemputan acara Majlis Beramah Mesra Bersama Legenda Bolasepak Kedah dan Penyerahan Sumbangan Ikhlas sebagai tanda penghargaa­n kepada peminat melalui tema Jasa Bakti & Perjuangan Sejiwa Murni.

 ?? FOTO: ?? BEKAS pemain pasukan Kedah dan Pulau Pinang era 80an dan 90an bergambar sebelum perlawanan persahabat­an.
FOTO: BEKAS pemain pasukan Kedah dan Pulau Pinang era 80an dan 90an bergambar sebelum perlawanan persahabat­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia