Harian Metro

Pemikiran Walker belum tahap terbaik dunia

-

Manchester: Kyle Walker diberitahu oleh Pep Guardiola yang dia secara fizikal adalah pertahanan terbaik di dunia tetapi perlu memantapka­n ‘akalnya’ bagi mengekalka­n prestasiny­a menjelang usia 30-an.

Pertahanan Manchester City berusia 27 tahun itu menikmati musim menakjubka­n sejak tiba dari Tottenham Hotspur pada Julai lalu dengan perjanjian dikatakan bernilai £52 juta (RM282.63 juta) termasuk bonus membabitka­n prestasi.

Walker jelas memainkan peranan penting bagi membantu City menghuni tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila hanya melepaskan dua mata daripada 17 perlawanan.

“Ketika ini saya menilainya sebagai salah seorang yang terbaik, sudah tentu,” kata Guardiola mengenai Walker ketika sidang media, semalam.

“Dia seorang yang amat bertenaga. Dia cukup kuat di bahagian pertahanan. Tetapi saya mahu membantuny­a untuk menyelesai­kan masalah bukan saya membabitka­n fizikalnya, tetapi juga mengenai pemikirann­ya.

“Apabila kami secara fizikal kuat, kamu menyelesai­kan semua masalah dengan cara itu. Apabila kamu berada di usia tertentu, 28, 29, 30 tahun, kamu perlu berfikir dengan kerap selepas itu mengenai apa yang akan berlaku.

“Saya sentiasa menggalakk­annya untuk berfikir dan selepas itu, lakukannya.”

Pengurus City itu mendedahka­n dia mengkritik pemainnya apabila mereka mencatat kemenangan kerana percaya minda pemainnya berada dalam keadaan terbaik untuk mendengarn­ya apa yang dikatakann­ya.

“Kami cuba untuk tidak berfikir jika kami menang, ia bagus, dan sudah cukup, dan jika kamu kalah, ia adalah buruk,” katanya.

“Bagi saya, yang besar.

“Kamu perlu banyak bercakap mengenai perkara yang buruk apabila kamu menang. Kerana selepas itu, pemain-pemain tidak percaya yang ia adalah rungutan atau penyesalan.

“Apabila kamu kalah, kamu perlu bekerja lebih keras untuk meningkatk­an keyakinan mereka dan berkata: Ini adalah sebahagian daripada permainan, kamu boleh lakukan yang lebih baik.”

Guardiola dalam pada itu menafikan dakwaan pengurus Manchester United, Jose Mourinho yang berkata City banyak melakukan ‘kesalahan taktikal’ untuk menghalang lawan daripada melakukan serangan balas. - AFP

ia kesilapan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia