Harian Metro

TIGA MARA KE FINAL

- Mohd Fitrie Muhamad mfitrie@bh.com.my

 Skuad muda AMD cemerlang tempah tiket perlawanan akhir

Akademi Mokhtar Dahari (AMD) membanggak­an bola sepak negara apabila tiga pasukan, AMD Malaysia Cougars Bawah 12 tahun, B-13 dan B-14 layak ke perlawanan akhir Piala SuperMokh, hari ini.

Dalam saingan B-12, AMD Malaysia Cougars menyingkir­kan akademi kelab Jepun, Kashima Antlers 2-1 manakala AMD Malaysia Cougars B-13 dan B-14 menyingkir­kan akademi kelab gergasi dunia, Paris Saint-Germain (PSG).

Skuad B-13 negara mengatasi PSG 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar, manakala pasukan B-14 kendalian Ahmad Nurfaizal Abdullah menang tipis 1-0.

Aksi final hari ini menyaksika­n juara bertahan B-12 yang juga akademi kelab Portugal, Sporting CP bakal menjadi lawan terakhir AMD Malaysia Cougars, manakala B-13 dijadualka­n menentang AZ Alkmaar dari Belanda.

Dalam saingan B-14, anak buah Ahmad Nurfaizal menggalas dua misi berbeza iaitu membalas dendam kekalahan 2-1 dalam saingan peringkat kumpulan dan merealisas­ikan impian mempertaha­nkan kejuaraan apabila turun menentang akademi Arsenal.

“Puas hati kerana pemain beraksi seperti yang dirancang iaitu memberi tekanan di babak pertama sehingga mengganggu pasukan lawan. Pada babak kedua, kita paksa mereka buat hantaran jauh dan selepas itu kita berjaya memenangi bola.

“Saya akan lihat keadaan pemain terlebih dulu. Semua pasukan mahu menang dan kita juga sedang menuju ke arah itu (mempertaha­nkan kejuaraan). Apa yang penting pemain semakin meningkat dan kekal konsisten,” kata Ahmad Nurfaizal.

 ?? FOTO: ?? PEMAIN AMD Cougars U14 meraikan kemenangan ketika menentang pasukan PSG U14 di padang MSN Bukit Jalil, semalam.
FOTO: PEMAIN AMD Cougars U14 meraikan kemenangan ketika menentang pasukan PSG U14 di padang MSN Bukit Jalil, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia