Comel dengan dres mini
Istimewa buat mereka yang bertubuh kecil dan langsing apabila menggayakan dres mini akan kelihatan comel.
Ini kerana dres mini yang berpotongan atas lutut mahu pun sedikit menutupi lutut akan mempengaruhi ‘mood’ si pemakai yang berasakan mereka nampak klasik.
Begitupun pemilihan fabrik dan potongan dres mini turut mempengaruhi penampilan selebriti yang menggayakannya.
Selalunya pereka memilih dres mini rona cerah dan lembut bagi menyerlahkan gaya comel si pemakain.
Seperti mana dres mini dari kain renda Perancis warna merah digayakan Lily Collins dan Emmy Rossum yang memilih dres kembang rona merah jambu.
Kedua-dua aktres Hollywood itu begitu menyerlah walaupun dalam gaya bersahaja sewaktu menghadiri majlis The Hollywood Reporter’s 2017, Women In Entertainment Breakfast.
Pelakon Dayana Rozza pula memilih dres mini dari kain asas corak geomatrik. Penampilannya sangat ringkas dan lilitan ala gancu halus pada pinggang menjadi titik tumpu.
Watie Sadali pula memilih dres hitam dengan corak bunga tabur warna kontras. Menyerlahkan lagi penampilan agar tidak nampak sarat dia hanya bersolek dan berdandan ringkas.
Bintang terkenal Korea, Ailee memilih dres mini potongan tirus. Ia secara tidak langsung menyembunyikan bentuk tubuhnya yang sedikit gempal. But tinggi hingga lutut dengan corak sulam emas menyerlahkan penampilannya.