Kartun manis berkecamuk
FILEM: ARAHAN: PELAKON:
Imbas kembali, apabila buku kanak-kanak berjudul The Story of Ferdinand diterbitkan pada 1936, tidak semua dewasa menyukainya kerana bimbang memberi pengaruh buruk kepada kanak-kanak.
Bagaimanapun, ia adalah cerita ringkas dan ‘manis’ yang cuba mempromosi prinsip kedamaian (pacifism), fasis, komunisme dan anarki.
Agar lebih adil, ia adalah kisah dongeng seekor lembu di Sepanyol yang tidak berminat dengan perlawanan lembu dan hanya mahu hidup di taman bunga yang indah prinsip kedamaian.
Atau mungkin lebih tidak munasabah apabila melihat Ferdinand sebagai heri anarki. Yakni apabila seekor lembu tiba-tiba mahu melakukan apa saja dia suka, jauh berbeza dengan situasi normal di dunia hinggakan menjurus kepada fahaman anarki.
Penonton yang bijak boleh melihat sendiri ‘gerakan’ anarki oleh Ferdinand melangkaui pesanan biasa ‘menjadi diri sendiri’ yang pernah dipertontonkan dalam filem animasi lain sebelum ini.
Ia melontarkan fahaman kurang selesa kepada kanakkanak yang menonton, budaya berdasarkan andaian dan jangkaan sesuatu yang kejam lagi zalim.
Ferdinand meraikan perkara luar biasa bukan atas kepentingan sendiri tetapi mengenai bagaimana membantah perkara klise serta keberaniannya menjadi diri sendiri, sekali gus menunjukkan betapa bahayanya terlalu mengikut kebiasaan.
Baiklah, kita ketepikan seketika bahasa filem yang berat dalam filem ini.
John Cena, bekas pemain gusti WWE yang meminjamkan suara sebagai Ferdinand adalah pilihan yang bijak. Biarpun ‘ganas’ di pentas gusti, dia berjaya memberi sisi sensitif kepada watak utama.
Banyak babak lucu dan pasti membuatkan penonton cilik terhibur.
Jenaka yang dilontarkan menjurus ke sesuatu yang melankoli atau sayu, terutama ketika Ferdinand cuba mengurangkan impak kerosakan di sekelilingnya biarpun sukar.
Watak lain seperti Nina (lakonan Lily Day) yang sentiasa menjadi sebab Ferdinand menjadi ‘lemah lembut’ dilihat sebagai penyebab kepada fahaman dibawa Ferdinand dalam setiap tingkah lakunya.
Begitu juga watak Paco (Jerrod Carmichael) sebagai anjing juga kawan baik Ferdinand tetapi mahu dikenali sebagai abang. Ya, hubungan itu pelik, anjing dan lembu jadi adik-beradik tetapi fahaman itulah yang cuba diangkat dalam Ferdinand.
Rumusannya, menjadi pelik dan meraikannya adalah objektif utama yang cuba disampaikan menerusi filem ini. Maksudnya, memiliki sifat maskulin seperti kuat, garang, tidak menunjukkan sisi lemah atau meluahkan emosi adalah sesuatu yang toksik.