Banyak sebab peminat pasti gembira
baru dengan karakter dalam filem, ada teks pada awal cerita yang menjelaskan sejarah pada perkara yang pernah berlaku.
Walaupun segala maklumat berkaitan diceritakan, pengalaman penonton tidak akan sama sekiranya tidak menyaksikan filem pertama dan mengingati asas emosi kepadanya.
Karakter Rey merungkai misteri dan rahsia masa lampau dan perkara yang tidak dielakkan membabitkan Kylo serta
First Order ketika berlatih dengan Luke. Kiranya, plot ini ringkas dan perinciannya pasti merosakkan pengalaman penonton.
Jika tidak disebabkan hal lain, The Last Jedi mempunyai kelebihan pada sinematografi terbaik pernah dipaparkan.
Daripada kesan khas tambahan yang sempurna, hinggalah kepada suasana persekitaran premis filem melangkaui minda hasil cetusan idea bahagian seni produksi The Last Jedi, tiada apa dapat dikatakan kecuali pujian.
Sama ada penonton akan menyukai atau tidak pengalaman sepanjang tontonan, visual babak cukup memukau. Terutama pada perincian alam semula jadi yang dicipta khas untuk babak-babak tertentu.
Secara peribadi, hampir seluruh filem adalah memukau terutama apabila muncul satu dua babak tanpa dialog dan meminta anda untuk ‘terkedu’ dek imej dipaparkan, rasanya itulah yang akan anda lakukan juga.
Dan sekali lagi, tanpa menghidangkan keseluruhan jalan cerita, sebaik sahaja Kylo, Finn dan Poe masuk, cara semua cerita mereka dihubungkan sangat bijak.
Pengarah bersikap adil kepada pengakhiran longgar yang pernah disuarakan peminat pada masa lalu. Pada masa sama, ia turut mencipta cerita baru bagi melengkapkan proses.
Terutama apabila menonton lakonan matang Adam Driver sebagai Kylo, penonton seolah-olah terpaku di kerusi tatkala dia mula mendedahkan misteri Snoke.
Begitu juga lakonan
Mark Hamill (sebagai
Luke Skywalker) yang memberi persembahan jujur atau Andy Serkis sebagai Supreme Leader Snoke yang benar-benar memberi kejutan tersendiri.
Akhir cerita, filem ini kelihatan terlalu mencuba untuk memberi kesan kepada peminat cereka sains dan Star Wars seluruh dunia.