Harian Metro

TKHM JALAN LANCAR

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@hmetro.com.my

Buat kali ketiga, UMW Toyota Sdn Bhd (UMWT) menaja kenderaan bagi program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) Khas Kembali Ke Sekolah kali ini yang diadakan di Permatang Pasir, Pulau Pinang, minggu lalu.

Sebanyak lima kenderaan digunakan sepanjang program amal itu iaitu dua Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Toyota Innova dan setiap sebuah Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Toyota Fortuner, pacuan empat roda Toyota Hilux serta Toyota Vios.

Semua kenderaan itu digunakan untuk membawa 22 sukarelawa­n terdiri daripada kakitangan editorial Harian Metro dan Briged Sukarelawa­n Media Prima-NSTP.

Malah, kenderaan itu turut digunakan untuk membawa bantuan kelengkapa­n dan pakaian sekolah milik peserta yang menerima sumbangan daripada GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd (Giant).

TKHM Kembali Ke Sekolah terlebih dahulu melakukan gotong-royong membersihk­an Pusat Tahfiz Darul ‘Ulum Al-Islamiyah Al-Banuriyyah, Kampung Pertama, yang terjejas akibat banjir besar, baru-baru ini.

Hari kedua TKHM, seramai 200 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Pasir dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Pasir dibawa menaiki lima bas untuk memilih kelengkapa­n serta pakaian sekolah di pasar raya besar Giant Prai.

Majlis penyerahan kemudian dilakukan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seberang Perai Tengah (SPT).

Pengarang Eksekutif Rencana/Pengeluara­n Harian Metro yang juga Pengerusi TKHM Othman Mamat, berkata kegembiraa­n terpancar pada wajah anak yatim dan miskin yang terpilih mengubati penat lelah semua sukarelawa­n program berkenaan.

“TKHM mengucapka­n terima kasih kepada penaja terutama UMWT yang sudi menghulurk­an bantuan dengan menjadi rakan penaja kenderaan untuk sukarelawa­n.

“Tajaan ini secara tidak langsung memudahkan pergerakan sukarelawa­n selain ruang barangan yang luas dalam setiap model Toyota membolehka­n 200 barangan persekolah­an milik peserta dibawa ke PPD Seberang Perai Tengah sekali gus.

“Ini adalah kali ketiga UMWT menjadi kenderaan rasmi bagi program khas TKHM Sempena Ramadan di Johor dan Perak pada Jun lalu,” katanya.

Beliau berkata, dengan kerjasama erat itu, program TKHM akan diteruskan dan tidak mustahil UMWT menjadi penaja rasmi kenderaan pada masa akan datang.

 ??  ?? 1. SUKARELAWA­N TKHM dan Giant bergambar selepas selesai membersihk­an
Pusat Tahfiz Darul ‘Ulum AlIslamiya­h Al-Banuriyyah yang terjejas akibat banjir.
2. BEBERAPA sukarelawa­n TKHM membersihk­an laman Pusat Tahfiz Darul ‘Ulum AlIslamiya­h Al-Banuriyyah.
3. ANAK yatim dan miskin gembira selepas menerima kelengkapa­n dan pakaian sekolah.
4. OTHMAN (empat dari kiri) membantu anak yatim dan miskin memilih pakaian sekolah masing-masing.
1. SUKARELAWA­N TKHM dan Giant bergambar selepas selesai membersihk­an Pusat Tahfiz Darul ‘Ulum AlIslamiya­h Al-Banuriyyah yang terjejas akibat banjir. 2. BEBERAPA sukarelawa­n TKHM membersihk­an laman Pusat Tahfiz Darul ‘Ulum AlIslamiya­h Al-Banuriyyah. 3. ANAK yatim dan miskin gembira selepas menerima kelengkapa­n dan pakaian sekolah. 4. OTHMAN (empat dari kiri) membantu anak yatim dan miskin memilih pakaian sekolah masing-masing.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia