Harian Metro

GAYA KOMPAK EROPAH

-

Dikenali sebagai kereta kompak hatchback, Volkswagen Polo bukan sahaja mudah dan tangkas di bandar raya, malah sesuai untuk golongan muda yang mahukan kenderaan moden dengan karakter Eropah.

Mula menjengah pasaran tempatan pada 2010, model kompak ini menawarkan rekaan bergaya, tahap penggunaan bahan api efisien, ruang dalaman selesa dan fleksibel untuk pelbagai tujuan gaya hidup dengan kualiti buatan bertaraf global.

Dikuasakan enjin petrol 1.6L MPI, Polo jelas lancar dan bertenaga dengan 105PS kuasa kuda manakala tork setinggi

153 Nm membolehka­nnya mencapai kelajuan maksimum sehingga 180 kilometer sejam (km/j).

Sesuai untuk perjalanan jarak dekat atau jauh, kompak ini menawarkan penjimatan bahan api purata dengan catatan

6.3 liter untuk setiap 100 kilometer (km) selain dibantu kotak gear automatik enam kelajuan bersama Tiptronic.

Stabil pada selekoh atau kelajuan tinggi, model ini menawarkan pemanduan dinamik dan mampu memecut dari kedudukan pegun sehingga 100 km/j dalam tempoh 11 saat.

Melihat rekaan luaran, ia menampilka­n ciri signatur Volkswagen seperti susun letak lampu dan gril hadapan, lampu kabus dan rim aloi 15 inci corak ‘Riverside’.

Elemen krom, antena bumbung ‘Bee Sting’, cermin sisi elektrik boleh laras menjadi ciri standard Polo generasi kelima ini sejak mula diperkenal­kan di pasaran global pada 1975.

Meskipun berstatus kompak, bahagian dalamannya tampil elegan dengan material bermutu tinggi seperti tombol gear balutan kulit dan kemasan kerusi tempat duduk fabrik ‘Livon’ yang selesa untuk lima penumpang dewasa.

Polo menyediaka­n ruang kargo sehingga

280 liter dengan kerusi penumpang boleh direbahkan untuk lebih muatan selain membawa pelbagai barangan panjang atau lebar.

Stereng teleskopik balutan kulit dengan butang pelbagai fungsi memudahkan kawalan dan pemanduan bertambah selesa apabila model ini didatangka­n dengan sistem pendingin hawa Climatroni­c termasuk corong pendingin hawa penumpang belakang.

Sistem hiburan dan

 ??  ??
 ??  ?? STERENG sporty.
STERENG sporty.
 ??  ?? ENJIN 1.6L MPI menawarkan penjimatan bahan api.
ENJIN 1.6L MPI menawarkan penjimatan bahan api.
 ??  ?? RUANG dalaman elegan.
RUANG dalaman elegan.
 ??  ?? Lizam Ridzuan
Lizam Ridzuan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia