Harian Metro

Fungsi kotak gear DSG

-

yang dimaksudka­n dengan kotak gear DSG dan adakah fungsinya lebih baik berbanding transmisi konvension­al lain? Bagaimana pula dengan kos selenggara kerana ada yang mengatakan ia terlalu mahal?

Zarin Mohd Nor, Kuantan, Pahang.

adalah singkatan kepada istilah

Jerman bermaksud Doppelkupp­lungsgetri­ebe atau juga dikenali sebagai Transmisi Klac berkembar (DCT) yang berfungsi menukar gear seakan transmisi manual tetapi dilakukan secara automatik.

Ia berbentuk seperti kotak gear manual yang dipisahkan kepada dua tetapi setiap gear diperuntuk­kan dengan sistem klacnya sendiri. Namun, ada juga yang unit klacnya tidak hanya mempunyai dua cekam atau klac.

Ia sebenarnya dua transmisi dalam satu dan jika dilihat secara terperinci pada unit DCT, sebenarnya dua set transmisi dengan tiga kelajuan dipasangka­n sekali iaitu satu dengan gear angka ganjil seperti satu, tiga, lima dan tujuh manakala satu set lagi berangka genap.

DSG tidak memerlukan penyelengg­araan, malah lebih lembut dan selesa berbanding transmisi automatik lain yang pertukaran gear dirasakan kasar serta menyentap.

Kenderaan Ford model Focus, Fiesta, Mondeo dan Volkwagen menggunaka­n DSG enam atau tujuh kelajuan.

Kotak gear ini sangat responsif dan sering digunakan untuk tujuan perlumbaan atau pemanduan tangkas di jalan raya.

 ??  ?? ILLUSTRASI sistem gear DSG
ILLUSTRASI sistem gear DSG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia