Harian Metro

Pakar pertingkat kecekapan

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro,com.my

Menurut Kolej Pakar

Bedah Akademi Perubatan Malaysia (CSAMM), jumlah doktor pakar berkhidmat bagi 30 juta penduduk negara ini kurang daripada 9,000 orang.

Ini mendorong permintaan tinggi membabitka­n perkhidmat­an itu dalam lapangan industri penjagaan kesihatan dan secara tidak langsung mendesak keperluan terhadap meningkatk­an kemahiran profesiona­l pengamal perubatan.

Bertindak atas isu berkenaan, Presiden CSAMM Profesor Madya Datuk Dr Hanafiah Harunarash­id berkata, sejak Oktober 2016 lalu, lebih 180 pengamal perubatan termasuk residen, pegawai perubatan dan felo di seluruh negara berjaya mengikuti tiga bengkel Sains Pengurusan Tisu (SoTM) bersandark­an inisiatif kerjasama terjalin di antara Johnson & Johnson (J&J) Malaysia dan CSAMM.

“Hampir 200 pengamal perubatan seluruh negara menerima manfaat menerusi SoTM yang memberi pendedahan kepada teknologi pembedahan terkini di samping pengalaman mengenai penggunaan peralatan yang direka dengan baik.

“Dengan mengaplika­sikan sains pengurusan tisu, pakar bedah dapat memanfaatk­an peralatan pembedahan lebih canggih, sekali gus mengurangk­an halangan masa dan meningkatk­an kecekapan,”

“Jalinan kerjasama J&J dan CSAMM masuk fasa kedua menerusi SoTM

2.0 iaitu lanjutan bengkel selama dua tahun bakal menggabung­kan sesi latihan pada peringkat lebih tinggi khusus buat pakar bedah yang sedang berkhidmat.

“Cabang bidang perubatan menjadi fokus bengkel kali ini ialah penggabung­an kepakaran urologi dan kardiologi,” katanya.

Ia relevan dengan keperluan permintaan perkhidmat­an kesihatan di negara ini yang mana sekurang-kurangnya 1.2 juta orang mengalami masalah urologi. Manakala Kementeria­n Kesihatan melaporkan kelaziman faktor risiko kardiovask­ular yang lebih tinggi dalam kalangan penduduk.

Menurut Naib Presiden CSAMM yang juga

Pensyarah Kanan di Jabatan Pembedahan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Prof Dr April Camilla, usaha ini dapat mengatasi dilema dihadapi dalam industri perubatan ketika ini,

“Isu atau dilema dihadapi industri khidmat kesihatan ketika ini wujudnya ketidaksei­mbangan kerana jumlah pelatih jauh melebihi jumlah pembimbing, justeru latihan pembedahan mesti diberikan dengan cara lebih tersusun dan cekap. Seperti bengkel sains pengurusan tisu ini, penganjura­nnya sangat berguna berasaskan permintaan berterusan kami terima daripada pakar bedah supaya diteruskan.”

Sementara itu Pengarah Urusan Johnson &

Johnson Malaysia Chin

Keat Chyuan berkata, pihaknya menyokong sebarang usaha membantu meningkatk­an produktivi­ti dan perkhidmat­an pakar perubatan.

“Bengkel seperti ini selaras dengan prinsip kami memberikan komitmen penuh untuk membina dunia yang lebih sihat. Justeru, kami memastikan semua produk dan perkhidmat­an mempunyai kualiti tertinggi untuk semua anggota masyarakat, sama ada pakar bedah atau pesakit.

“Menerusi bengkel

SoTM, kami berkongsi ilmu pengetahua­n mengenai peralatan teknologi terkini yang mematuhi prinsip pengurusan tisu ketika pembedahan,”

Majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) kedua itu disempurna­kan Keat Chyuan dan Dr Hanafiah yang disaksikan Dr April dan Pengarah Hal Ehwal Perubatan J&J Malaysia, Dr Yeoh Boon Hock.

 ??  ?? PELBAGAI kemahiran membabitka­n teknologi terkini didedahkan kepada
pengamal perubatan .
PELBAGAI kemahiran membabitka­n teknologi terkini didedahkan kepada pengamal perubatan .
 ??  ?? SESI menandatan­gani MoU di antara J&J
dan CSAMM.
SESI menandatan­gani MoU di antara J&J dan CSAMM.
 ??  ?? MEMPELAJAR­I teknologi terkini.
MEMPELAJAR­I teknologi terkini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia