‘Saya baru bayar kes lain’ Mabuk cinta RM130,800
Perancang perkahwinan mohon majistret kurangkan wang jaminan
“Yang Arif, tolong kurangkan wang jaminan. Saya baru bayar wang jaminan kes lain dan dalam proses menjual beberapa peralatan untuk membayar ganti rugi pelanggan,” rayu pemilik syarikat perancang perkahwinan Zurin Jundi apabila didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Terdahulu, tertuduh, Zurina Ahmad Jundin, 34, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan memperdaya pelanggan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.
Berikutan itu, mahkamah menetapkan RM6,000 sebagai wang jaminan selepas Zurina mengaku faham pertuduhan terhadapnya.
Bagaimanapun,
apabila mendengar rayuan Zurina, Mohd Azlan Shah kemudian mengarahkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Januari ini sebagai tarikh sebutan semula.
Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa memperdayakan Erhana Nur Asyatiqah Saidon, 25, supaya menyerahkan wang tunai RM5,000 sebagai bayaran kos upah pakej perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung pada Mac lalu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di Zurin Jundi Wedding Planner, Taman Mutiara Rini, Johor Bahru.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mohd Nasir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Selain itu, satu kes membabitkan wanita itu turut disebut semula di mahkamah sama berhubung tuduhan memperdaya seorang pelanggan membabitkan RM8,500 dalam kejadian pada Mei lalu.
Tertuduh sebelum ini didakwa pada 20 November lalu memperdayakan Nor Ika Nadzirah Sirajudin supaya menyerahkan wang tunai sebagai bayaran deposit bagi kos upah pakej perkahwinannya yang berlangsung pada 16 September lalu.
Pada 19 Oktober lalu, tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret Klang selepas didakwa menipu pelanggannya.
Pada 30 Ogos lalu Harian Metro melaporkan, lebih 100 pengantin dan bakal pengantin mendakwa terpedaya dengan tawaran syarikat itu dengan anggaran kerugian keseluruhan mencecah RM500,000.
Puluhan mangsa yang mendakwa ditipu menyerbu syarikat Zurin Jundi sehingga tular di media sosial berikutan kegagalan syarikat perancang perkahwinan itu menyediakan sajian makanan, pelamin dan gambar perkahwinan.
Kebanyakan bakal pengantin yang menjadi mangsa mendesak syarikat perancang perkahwinan itu memulangkan semula duit yang dibayar antara RM2,000 hingga RM10,000.
Pada 5 September lalu, peguam Zurin Jundi tampil memohon maaf dan akan membuat pembayaran secara berkala kepada pelanggan yang mendapat perkhidmatan kurang memuaskan. Kuala Lumpur: Impian seorang wanita berumah tangga dengan warga Amerika Syarikat musnah apabila dia rugi RM130,800 akibat terpedaya dengan kekasih gelapnya itu selepas berkenalan dengan lelaki berkenaan di laman sosial, Februari lalu.
Pegawai teknologi maklumat syarikat swasta yang berusia 40 tahun dan belum berumah tangga itu mula kemaruk cinta dengan suspek selepas lelaki itu menggunakan ayat cinta dan menyamar sebagai warga Amerika Syarikat sejak berkenalan melalui Facebook.
Selepas membuat mangsa jatuh cinta, sindiket mula memasang perangkap pada April lalu apabila seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai Interpol dan memaklumkan teman lelakinya ditahan kerana melakukan kesalahan.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, wanita yang memperkenalkan diri sebagai Farah itu meminta sejumlah wang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi kekasih gelap mangsa.
“Untuk membantu teman lelakinya itu, mangsa mula memasukkan wang sejak April hingga Ogos sebanyak 38 kali ke dalam enam akaun berbeza berjumlah RM130,800.
“Mangsa yang mula mengesyaki sesuatu mengenai kejadian itu kemudiannya membuat laporan polis,” katanya, di sini.
Mohamad Roy berkata, bertindak atas maklumat berkenaan, sepasukan polis dari IPD Wangsa Maju membuat serbuan di sebuah rumah teres tiga tingkat di Setia Alam, Shah Alam, Selangor jam 11 malam kelmarin dan menahan seorang lelaki warga Nigeria berusia 32 tahun serta seorang wanita Singapura berusia 30 tahun.
“Serbuan kedua dilakukan di sebuah kondominium di Damansara, Petaling Jaya,
Selangor dan menahan seorang lagi warga Nigeria berusia 38 tahun serta seorang wanita Britain berusia 35 tahun jam 2.30 pagi, semalam.
“Serbuan di dua lokasi itu turut merampas lapan telefon bimbit, dua komputer riba, seikat wang tunai USD dipercayai palsu dan satu MyKad. Kedua-dua lelaki berkenaan menyamar sebagai warga Amerika Syarikatdi laman sosial manakala wanita Singapura itu sebagai pegawai Interpol.
“Semua suspek direman sehingga 24 Ogos dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. Katanya, pihaknya turut mengesan suspek yang sama menggunakan modus operandi sama terhadap beberapa mangsa di Bukit Mertajam, Dang Wangi dan Petaling
Jaya.