Catat lebih 2.5 juta pesanan dalam 24 jam
Kuala Lumpur: Shopee mencatatkan lebih 2.5 juta pesanan dalam tempoh 24 jam dalam jualan kilat
Jualan Murah 12.12 dan Kemuncak Berganda Shopee Mall pada 12 Disember lalu.
Pengarah Urusan Serantaunya Ian Ho berkata, peningkatan dalam jumlah pesanan itu adalah lonjakan lima kali ganda berbanding prestasi direkodkan tahun lalu.
Beliau berkata, bagi pasaran Malaysia, lebih 500,000 produk terjual apabila pelanggan Shopee merebut pelbagai promosi hebat yang diadakan ke atas enam juta produk yang juga sebahagian daripada Jualan Murah Ulangtahun Shopee.
“Jualan Murah 12.12, jualan kilat dan Kemuncak Berganda Shopee Mall diberi keutamaan sebagai sebahagian daripada sambutan ulangtahun Shopee menerima sambutan yang menggalakkan.
“Kami teruja bekerjasama dengan jenama terkemuka termasuk PETRONAS, Digi, Havaianas dan MR DIY yang menyumbang pada kejayaan kempen ulang tahun kali ini dan berharap dapat meneruskan usahasama seperti ini pada kempen akan datang,” katanya di sini.
Jenama berkenaan memilih Shopee sebagai rakan e-dagang pertama mereka dan kebanyakannya mencatatkan peningkatan tinggi dalam jualan dengan lonjakan sehingga 100 kali ganda berbanding hari biasa.
Ian berkata, jumlah pesanan sepanjang 12 Disember tahun ini meningkat 15 kali ganda berbanding tahun sebelumnya yang mana dalam tempoh 1 jam 6 minit, ia memecahkan rekod tahun lalu.
“Transaksi paling tinggi direkodkan oleh pengguna adalah RM15,000 dan produk pertama dijual pada 12.12 adalah beg kanvas,” katanya.