Harian Metro

ZIKIR BASIKAL LAJAK

- Faliq Lajim am@hmetro.com.my

> EMPAT puluh enam kanak-kanak dan remaja yang ditahan menyertai lumba basikal lajak didenda berzikir dan membaca ayat suci al-Quran oleh polis sebagai pengajaran. Kanak kanak terbabit membayar RM1 hingga RM10 untuk menyertai lumba haram itu dan ibu bapa mereka turut

dipanggil ke balai polis untuk penjelasan, lapor Faliq Lajim

 46 kanak-kanak ditahan terbabit perlumbaan basikal lajak haram didenda baca al-Quran, berzikir sementara tunggu ibu bapa

Seramai 46 kanak-kanak dan remaja yang terbabit berlumba basikal lajak haram diminta berzikir dan membaca ayat suci al-Quran sebagai denda sementara menunggu kehadiran ibu bapa atau penjaga masing-masing.

Tindakan berkenaan dilakukan polis sebagai pengajaran kepada semua mereka yang terbabit selepas ditahan menyertai satu perlumbaan basikal lajak atau basikal diubah suai tanpa brek di sini, petang kelmarin.

Penganjura­n pertanding­an itu dikatakan diuar-uarkan aplikasi melalui WeChat dan Instagram milik seorang wanita yang mengenakan kadar bayaran penyertaan antara RM1 hingga RM10.

Hadiah wang tunai menjadi ganjaran kepada pemenang yang tiba paling awal di garisan penamat.

Perlumbaan itu dikatakan mendapat sambutan hangat dan kebanyakan kanak-kanak serta remaja terbabit yang sedang bercuti sekolah menyertain­ya mengikut kumpulan masing-masing, berdasarka­n kawasan tempat tinggal atau sekolah. Ada kalangan mereka memberi alasan bosan dan tiada apa yang mahu dibuat menyebabka­n mereka tertarik menyertai perlumbaan berbahaya itu.

Dalam penganjura­n terbaru itu, ia membabitka­n laluan menurun bukit dari luar bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor hingga ke Dataran Shah Alam sejauh kira-kira dua kilometer.

Hampir 100 kanak-kanak dan remaja menyertain­ya namun 46 orang daripada mereka ditahan polis dalam satu operasi khas polis, kira-kira jam 3 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, operasi bermula jam 3 hingga 5 petang itu diketuai Pegawai

Penguatkua­sa

Trafik Daerah Inspektor Mohd

Nazli Nordin bersama dua pegawai dan 14 anggota.

“Bertindak atas risikan dan aduan oleh SUK, kita bertindak menahan seramai 46 orang yang kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik Seksyen 11 untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurut beliau, tangkapan itu kali pertama dilakukan pihaknya membabitka­n basikal lajak dan menasihatk­an ibu bapa supaya mengawasi pergerakan anak mereka.

“Semua basikal itu disita dan kita hanya memberi amaran awal dengan memanggil ibu bapa mereka tampil hadir ke balai polis,” katanya.

Katanya, sementara kanak-kanak dan remaja terbabit menunggu ibu

Semua basikal berkenaan disita dan kita hanya memberi amaran awal dengan memanggil ibu bapa mereka tampil hadir ke balai polis”

Shafien Mamat

bapa atau penjaga datang mengambil mereka, pihaknya meminta semua mereka berzikir dan membaca ayat suci al-Quran sebagai denda.

Sementara itu, seorang peserta dikenali sebagai

Danial, 14, berkata dia mengayuh basikal lajak miliknya sejauh 14 kilometer semata-mata mahu menyertai perlumbaan itu.

“Saya sudah membelanja­kan ratusan ringgit untuk mengubah suai basikal saya. Wang itu diperoleh hasil melakukan kerja sambilan membaiki basikal.

“Selain itu, rasa bosan sepanjang cuti sekolah ini mendorong saya saya menyertai perlumbaan basikal lajak ini,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Menurut anak bongsu daripada tiga beradik itu, selepas ditahan polis dia amat menyesali perbuatann­ya dan akan memanfaatk­an cuti sekolah dengan melakukan aktiviti lebih berfaedah.

 ?? 14&15 ??
14&15
 ??  ?? REMAJA dan kanak-kanak yang ditahan kerana menyertai perlumbaan basikal lajak dibawa ke Balai Polis Trafik Seksyen 11, Shah Alam.
REMAJA dan kanak-kanak yang ditahan kerana menyertai perlumbaan basikal lajak dibawa ke Balai Polis Trafik Seksyen 11, Shah Alam.
 ??  ?? SEORANG kanak-kanak meminta maaf kepada ibunya.
SEORANG kanak-kanak meminta maaf kepada ibunya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia