Harian Metro

6 direman seminggu

 Lima lelaki, seorang wanita ditahan di sekitar Johor Bahru

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

Enam individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan ketua kumpulan kongsi gelap di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi di sini, Ahad lalu, direman seminggu.

Perintah reman ke atas lima lelaki dan seorang wanita berusia 19 dan 20-an yang ditahan kelmarin dan semalam itu dikeluarka­n Majistret Noor Aisyah Ahmad semalam, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kelmarin, polis Johor menahan seorang wanita dan seorang lelaki berusia 19 hingga 22 tahun bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu, manakala empat lagi lelaki ditahan pagi semalam.

Difahamkan, semua lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an itu ditahan di sekitar Johor Bahru.

Dalam kejadian jam 7.30 malam, lelaki berusia lingkungan 30-an itu maut selepas ditikam sebelum dilanggar dan digilis ketika mengisi angin tayar di stesen minyak berkenaan. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kesan tikaman pada dada kiri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahka­n pembunuhan itu berpunca daripada perselisih­an dan perebutan kuasa antara dua kumpulan kongsi gelap.

Beliau berkata, pihaknya yakin wujud perselisih­an antara dua kumpulan kongsi gelap berkenaan dan siasatan terperinci dilakukan.

Sementara itu, selepas tiga hari berada di Pusat Peringatan Nirvana di Jalan Skudai, Johor Bahru, jasad mangsa pembunuhan itu dibawa ke Taman Peringatan Jelutong, Melaka untuk disemadika­n, semalam.

Mendiang dibawa menaiki kenderaan Mercedez E250 CGI jam 9.50 pagi selepas ahli keluarga mendiang selesai memberi penghormat­an terakhir.

 ??  ?? SUSPEK yang ditahan berkaitan kes pembunuhan.
SUSPEK yang ditahan berkaitan kes pembunuhan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia