Harian Metro

Amarah bawa ke jel

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

 Jaga acah guna kayu hoki dipenjara 4 hari, denda RM6,000

Akibat menakutkan seseorang dengan kayu hoki di sekitar bandar ini, seorang pengawal keselamata­n dijatuhi hukuman penjara empat hari dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Nor Asma Ahmad memutuskan demikian selepas tertuduh, T Mathan, 25, mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan mengakui fakta kes dikemukaka­n pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menakutkan secara jenayah dengan menghayun kayu hoki ke arah Huang Tiong Yeong, 37, di Bulatan Berkeley di sini, jam 1.15 tengah hari Sabtu lalu.

Justeru, Mathan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam bela Gerard Lazarus memohon hukuman diringanka­n kerana mempunyai tanggungan ibu bapa, isteri dan anak lelaki berusia tiga tahun.

“Selain hanya berpendapa­tan RM1,500 sebulan, anak guam saya menghidap penyakit kencing manis kronik dan perlu kerap memakan ubat.

“Pengakuan bersalah ini menjimatka­n masa mahkamah dan dia memohon maaf kepada mangsa kerana bertindak di luar jangkaan,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Amirah

Abdul Aziz yang mengendali­kan kes bagaimanap­un memohon hukuman setimpal kerana mengambil kira faktor kepentinga­n awam termasuk membabitka­n kes buli jalan raya.

Nor Asma kemudian memerintah­kan hukuman penjara empat hari bermula tarikh tangkapan Isnin lalu dan tambahan selama dua bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda.

Harian Metro sebelum ini melaporkan polis mengesan lelaki mengugut pemandu lain dengan kayu itu.

Ketika kejadian, mangsa memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima sebelum sebuah kereta Proton Wira tiba-tiba keluar dari arah kiri di laluan itu.

Video kejadian itu tular di laman sosial Facebook selepas dipercayai dimuat naik mangsa.

Dalam video berdurasi 1 minit 30 saat itu, lelaki berkenaan tiba-tiba keluar dari arah kiri sebelum keretanya berhenti di depan kenderaan mangsa.

Polis menahan suspek di tepi jalan di Seksyen 9, Shah Alam pada jam 12.40 tengah malam Isnin lalu, bagi membantu siasatan, selain turut merampas kayu hoki.

 ??  ?? MATHAN diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret Klang, semalam. SEDUTAN rakaman video yang tular.
MATHAN diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret Klang, semalam. SEDUTAN rakaman video yang tular.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia