Harian Metro

EMOSI DI KAMAR PENGADILAN Ulat Bangla bikin onar lagi

- Sarah Zulkifli sarah@hmetro.com.my

 Tiga warga Bangladesh dijel miliki beg mewah tiruan

Kuala Lumpur

Tiga lelaki warga Bangladesh terpaksa meringkuk dalam penjara selama enam bulan selepas gagal membayar denda RM24,800 dan RM12,700 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam kerana memiliki pelbagai jenis beg mewah tiruan di Jalan Bukit Bintang, Isnin lalu.

Hasan Md Ashraful, 21, Md Saiful Islam, 25 dan Md Mizanur Rahman, 32, dikenakan hukuman itu selepas mereka mengaku bersalah apabila pertuduhan terhadap dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob dalam bahasa Melayu.

Ulat Bangla muncul kembali. Jika sebelum ini mereka berkeliara­n di sekitar Pejabat Pesuruhjay­a Tinggi Bangladesh di Wisma HRIH Lotus, Jalan Pahang di sini, namun kini mereka mengubah lokasi ke premis perniagaan berdekatan.

Seorang lelaki warga Bangladesh yang mahu dikenali sebagai Akbar, 40-an, berkata, susulan laporan Harian Metro bulan lalu, seramai tujuh ejen haram ditahan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur dan aktiviti mereka ‘senyap’ buat beberapa minggu.

Bagaimanap­un katanya, bermula dua minggu lalu, operasi ejen haram Bangladesh itu beralih ke premis

Terdahulu, Md Saiful yang memakai baju kemeja berwarna putih secara tiba-tiba menangis teresak-esak ketika pertuduhan dibacakan terhadapny­a.

Tangisan tertuduh yang bertambah kuat kemudian ditegur Wan Mohd Norisham yang memintanya supaya jangan menangis.

Namun, ketiga-tiga tertuduh dilihat bertambah emosi ketika merayu kepada mahkamah untuk mengurangk­an hukuman sehingga terpaksa ditenangka­n polis mahkamah.

Mahkamah menjatuhka­n hukuman denda RM24,800 kepada Hasan dan RM12,700 masing-masing kepada dua tertuduh yang lain dan memerintah­kan mereka menjalani hukuman penjara enam bulan jika

Kuala Lumpur perniagaan seperti restoran dan kedai baik pulih motosikal.

“Mereka bagai tidak serik dan masih meneruskan kerja haram itu,” katanya.

Dalam tinjauan wartawan Harian Metro semalam, lima premis perniagaan iaitu empat restoran dan sebuah kedai baik pulih motosikal menjadi pusat operasi ejen haram ini.

Tinjauan mendapati semua restoran yang menggunaka­n papan tanda dalam bahasa Bangladesh dikendalik­an oleh rakyat asing secara haram. gagal membayar denda.

Mengikut tiga pertuduhan dihadapi Hasan, dia didakwa memiliki keseluruha­n 124 pelbagai barangan, termasuk beg tangan dan dompet tiruan berjenama Gucci, Louis Vuitton dan Chanel untuk membekalka­n barangan berkenaan di premis Lot 99, Yayasan Selangor, Jalan Bukit Bintang, jam 11.35 pagi, pada 18 Disember lalu.

Manakala bagi tiga pertuduhan bersama, Md Saiful dan Md Mizanur pula didakwa memiliki 127 barangan tiruan sama di tarikh, tempat dan sama.

Semua kes itu didakwa mengikut Seksyen 8(2)(c) Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dihukum

Di dalam restoran itu, ejen Bangladesh dilihat berjumpa dan berurusan dengan pelanggan masing – masing secara terbuka.

Pengurusan restoran turut menyediaka­n perkhidmat­an mencetak gambar pasport dan lain–lain perkhidmat­an bertujuan membantu ejen haram.

Kewujudan restoran yang mempunyai papan tanda Bangladesh secara terbuka menyerupai suasana di sekitar Leboh Pudu yang tidak ubah seperti ‘mini Dhaka’ apabila warga asing berniaga dan membanjiri kawasan itu.

Turut dikesan sebuah homestay mengikut Seksyen 8(2)(B) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman denda sehingga

RM10,000 bagi setiap barang yang diletakkan dengan perihal dagangan palsu atau dipenjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Dalam prosiding itu, mereka yang tidak diwakili peguam dalam rayuan memohon maaf dan memberitah­u mahkamah bahawa pekerjaan adalah salah di sisi undang-undang.

“Kami baru bekerja dua hari dan tak tahu kerja itu salah,” kata mereka.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Azlina Mohamad Yusof dari

yang disediakan khas untuk warga Bangladesh yang boleh disewa untuk tempoh beberapa jam atau harian berdekatan wisma berkenaan.

Sejak 22 November lalu, Harian Metro secara bersiri melaporkan mengenai ejen haram atau ulat Bangla yang menawarkan khidmat mengurus dokumen bagi urusan memperbaha­rui dan membuat pas perjalanan di pejabat pesuruhjay­a itu sejak awal tahun ini.

Kumpulan ejen terdiri daripada pengguna pas pelawat sosial dan pelajar, lari daripada majikan serta pendatang asing tanpa izin (PATI) itu berkeliara­n mencari pelanggan di sekitar luar bangunan dan tepi jalan utama. Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) memohon hukuman berat dikenakan terhadap ketiga-tiga tertuduh dengan mengambil kira keseriusan pihak kerajaan menangani kes barangan tiruan ini.

“Kes sebegini sekali gus menjejaska­n ekonomi negara kerana lokasi kejadian itu adalah kawasan tumpuan pelancong,” katanya.

Muka depan akhbar Harian Metro semalam melaporkan, tiga warga Bangladesh masih menguasai penjualan barangan tiruan berjenama terkenal dan cetak rompak di sekitar lokasi tumpuan pelancong asing di Bukit Bintang walaupun kawasan itu sering ‘digempur’ pihak berkuasa.

 ??  ?? TIGA lelaki warga Bangladesh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.
TIGA lelaki warga Bangladesh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam. LAPORAN Harian Metro, semalam.
 ??  ?? WARGA Bangladesh menunggu proses dokumentas­i di sekitar Kedutaan Bangladesh di Wisma HRIH Lotus, Jalan Pahang.
WARGA Bangladesh menunggu proses dokumentas­i di sekitar Kedutaan Bangladesh di Wisma HRIH Lotus, Jalan Pahang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia