Harian Metro

Rider Maut

-

 Remaja setinggi 125sm tunggang kuda lasak

Mohd Syazmin Samsuar, 16, yang juga seorang atlet dalam kategori kuda lasak terkenal dengan kecekapann­ya mengendali­kan kuda selain kerap menyertai kejohanan yang dianjurkan di seluruh negeri.

Mohd Syazmin atau lebih mesra dipanggil Kedil berkata, dia meminati sukan berkuda sejak berusia tujuh tahun dan mempelajar­i teknik menunggang dan menguruska­n kuda daripada rakannya, Mohd Faisal Haikal Hassan Ayaari, 17.

“Ramai orang hairan dengan kebolehan saya mengendali­kan kuda yang jauh lebih besar dan tinggi daripada saya.

“Perasaan takut atau gerun tiada dalam kamus hidup saya. Apa yang saya tahu hanya ingin mengendali­kan kuda dengan baik ketika menunggang­nya. “Saiz fizikal saya semestinya kerap dipandang rendah namun pembabitan saya dalam sukan berkuda secara tidak langsung memberi keyakinan dan tidak berasa rendah diri walaupun saiz saya berbeza,” katanya yang kini mengikuti pengajian agama di Madrasah Al Arabiah, Paka, Dungun.

Menurutnya, dia menjalanka­n aktiviti berkuda pada setiap minggu di kawasan rumah rakannya selain secara sukarela menjaga tiga kuda yang diberi nama Minah Speed, Abu dan Jonny.

“Jika diikutkan hati, memang ingin memiliki kuda sendiri tetapi ia memerlukan modal yang besar selain kos penyelengg­araan dan makanan yang tinggi. Justeru, saya hanya menumpang berlatih dan menjaga kuda milik rakan.

“Saya bernasib baik kerana Mohd Faisal sentiasa memberi dorongan dan menyokong saya dalam sukan berkuda termasuk menggalakk­an saya menyertai pertanding­an kuda termasuk kejohanan kuda lasak dan lumba kuda yang dianjurkan di negeri ini,” katanya yang berasal dari Kampung Panji Alam, Kuala Terengganu.

Dia bercita-cita menjadi penunggang kuda disegani terutama dalam kategori kuda lasak dan lumba kuda.

Sementara itu, Mohd Faisal berkata, dia kagum dengan keberanian Mohd Syazmin ketika menunggang kuda dan sifat fizikalnya itu membuatkan dia lebih istimewa berbanding penunggang kuda lain.

 ?? FOTO: AHMAD RABIUL ZULKIFLI ?? MOHD Syazmin berkeboleh­an mengendali­kan kuda dalam sukan berkuda.
FOTO: AHMAD RABIUL ZULKIFLI MOHD Syazmin berkeboleh­an mengendali­kan kuda dalam sukan berkuda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia