Harian Metro

Panjang umur

-

 Nelayan selamatkan remaja hampir lemas  Kapten, 11 awak-awak kapal karam diselamatk­an bot tunda DICKSON 8

Dewiris berkata, mereka hanyut selama 13 jam sebelum diselamatk­an bot tunda DICKSON 8 kira-kira 10.9 batu nautika dari lokasi kapal berkenaan karam.

“Kami diselamatk­an bot tunda dan dibawa ke (pelabuhan) Kuantan. Dua anak kapal mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

“Kami bersyukur kerana terselamat walaupun kapal berkenaan karam. Saya berterima kasih kepada pihak berkuasa kerana membantu kami,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Maritim Wilayah Timur Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain Mohd Omar berkata, Pusat Operasi Maritim Malaysia Wilayah Timur (PUSOP WILTIM) menerima maklumat daripada kapten bot tunda DICKSON 8 dikenali sebagai Khairul yang memaklumka­n kejadian terbabit jam 6 petang.

Katanya, mengikut maklumat awal, kapal korek itu dalam perjalanan dari Batam, Indonesia ke Thailand untuk dibaiki. Bagaimanap­un ia tenggelam di lokasi kejadian selepas mengalami kebocoran pada bahagian kanan kapal dan dipukul ombak setinggi tiga meter.

“Bot tunda DICKSON 8 membawa semua mereka ke Pelabuhan Kuantan lebih kurang jam 9.30 pagi tadi (semalam). Mereka dalam keadaan selamat dan hanya dua kru cedera ringan dan mendapatka­n rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan,” katanya.

Beliau berkata, pejabat Kedutaan Indonesia dan Thailand sudah dihubungi bagi urusan dokumentas­i serta penghantar­an pulang anak kapal terbabit.

Mengulas lanjut, Zulkarnain berkata, Komuniti maritim boleh berhubung terus dengan Maritim Malaysia jika berlaku insiden tidak diingini di laut melalui talian 09-5717345 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

 ??  ??
 ??  ?? KAPTEN bot bersama awak-awak berjaya menyelamat­kan diri dengan menggunaka­n rakit penyelamat selepas kapal korek WTK1 tenggelam di kawasan perairan Pulau Berhala, Pekan.
KAPTEN bot bersama awak-awak berjaya menyelamat­kan diri dengan menggunaka­n rakit penyelamat selepas kapal korek WTK1 tenggelam di kawasan perairan Pulau Berhala, Pekan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia