Harian Metro

Hasrat Fara Fauzana hulur bantuan tercapai

-

anda sudah memberikan kehangatan kepada mereka yang kesejukan di sini.

“Terima kasih atau Syukran! Itu saja yang keluar daripada mulut mereka.

“Saya memberitah­u mereka bahawa saya tidak melakukan apa-apa tapi mohon doakan seluruh sahabat saya yang berada di Malaysia kerana mereka yang merealisas­ikan misi bantuan ini. Semoga Allah memberikan ganjaran pahala kepada anda,” tulisnya di Instagram.

Menurut Fara, sebelum meninggalk­an kawasan sekolah terbabit dia ‘ditahan’ anak-anak pelarian Syria.

“Saya kena ‘tahan’ masa nak balik. Masa ini nak balik dari sekolah yang disediakan kerajaan Turki (bangunan kosong) tapi semua aktiviti, elaun guru, barang-barang dalam sekolah semua dibantu oleh anda,” katanya.

Memasuki hari ketiga, Fara bersama kru MLLFS melawat Pusat Anak Yatim Al-Ansar, yang menjadi penempatan sementara mangsa perang.

Rombongan terbabit turut melawat kira-kira

200 keluarga pelarian di kem pelarian Salli Urfa di sempadan Syria-Turki dan menyampaik­an sumbangan rakyat Malaysia.

Antara barangan yang diagihkan adalah selimut, makanan, bahan bakar dan susu.

Misi itu membawa dana sebanyak RM300,000, yang disumbangk­an rakyat Malaysia menerusi kempen

#FaFau4Syri­a.

Turut serta dalam misi itu adalah wakil dari Pusat

Zakat Pulau Pinang

Sebahagian sumbangan juga diagihkan untuk rakyat Syria yang masih berada di pinggir negara itu seperti di

Aleepo dan

Idlib.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia