Harian Metro

Manis berganti pahit

-

 Ramai suami zaman ini abai tanggungja­wab terhadap isteri

yang tidak bertanggun­gjawab, perbelanja­an diri sendiri perlu ditanggung, perbelanja­an anak-anak dan lebih malang perbelanja­an suami juga perlu ditanggung.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang–orang yang beriman, peliharala­h dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak menderhaka­i Allah terhadap apa yang diperintah­kan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjaka­n apa yang diperintak­an.” (Surah at-Tahrim, ayat 6)

Sebelum berkahwin, setiap wanita pastinya berharap suami akan menjaga mereka dengan baik. Dengarkan janji-janji manis suami ketika asyik dilamun cinta semuanya janji untuk menjaga bakal isteri dengan baik.

Malangnya selepas berkahwin, isteri dibiarkan berseorang­an menanggung segala perbelanja­an keluarga. Dengan kos sara hidup semakin meningkat, isteri tentu sekali tertekan dengan beban kewangan.

Belum dicampur dengan tekanan menguruska­n anak-anak yang pelbagai ragam. Suami balik rumah goyang kaki bermain telefon sedangkan isteri yang juga sama-sama penat mencari rezeki terpaksa menguruska­n rumah tangga dan anak pula.

Kepenatan suami berakhir selepas melangkah keluar dari tempat kerja sedangkan isteri selepas penat bekerja perlu menyambung tugas menguruska­n rumah dan anak-anak.

Kepada gadis, ambillah masa memilih pasangan yang baik dan usah terburu-buru untuk berkahwin. Ada dalam kalangan gadis yang ingin segera berkahwin kerana takut dianggap sebagai andartu ketika rakan lain sudah bernikah.

Ingatlah, rumah tangga adalah alam yang berlainan daripada alam percintaan. Alam percintaan penuh dengan perkara yang indah-indah, sebaliknya alam rumah tangga penuh dengan cubaan.

Itu sebabnya ramai rela bercinta selama-lamanya dan ramai yang ingin keluar dari alam rumah tangga iaitu bercerai.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Kewajipan seorang suami terhadap isterinya ialah suami harus memberi makan kepadanya jika ia makan dan memberi pakaian kepadanya jika ia berpakaian dan jangan memukul wajahnya dan jangan pula meninggalk­annya kecuali ia berada di dalam rumah.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan

Ibnu Majah)

Penulis Perunding Psikologi Bahasa dan penulis buku

 ?? Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah ?? ALAM rumah tangga berbeza berbanding alam percintaan.
Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah ALAM rumah tangga berbeza berbanding alam percintaan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia