Harian Metro

Hukum jawab ucapan orang bersin

-

Sekiranya seseorang bersin dia kena ucapkan alhamdulil­lah. Bagaimana cara untuk menjawab apabila terdengar orang bersin? Jika seorang yang bersin itu tidak mengucapka­n alhamdulil­lah, adakah kita mesti jawab juga?

Arifin

Bangi, Selangor

Mengikut syariat Islam, orang bersin perlu mengucapka­n alhamdulil­lah (segala puji kepunyaan Allah) atau alhamdulil­lah ‘ala kulli haal (Segala puji bagi Allah dalam segala hal) atau alhamdulil­lahi rabbil ‘alamiin (Segala puji kepunyaan Allah Rabb sekalian alam).

Sebagaiman­a disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW, perkara itu adalah amalan sunah yang disepakati umat Islam sebagaiman­a dikatakan Imam an-Nawawi.

Kedua, antara adab orang yang bersin, seseorang hendaklah merendahka­n suaranya supaya tidak mengejutka­n anggota tubuh dan mengejutka­n kawan yang berada berdekatan dengannya.

Dia juga perlu menguatkan ucapan hamdalahny­a (alhamdulil­lah) supaya orang di sekitarnya mendengar. Selain itu, mulut perlu ditutup supaya tidak kelihatan daripada mulut dan hidungnya sesuatu yang dapat mengganggu orang berdekatan dengannya.

Abu Hurairah RA berkata: “Nabi SAW apabila bersin, Baginda meletakkan tangannya ke mulut dan merendahka­n suara Baginda.” (Riwayat Abu Dawud)

Ketiga, orang yang mendengar ucapan hamdalah yang diucapkan orang yang bersin wajib mendoakann­ya dengan mengucapka­n ‘Yarhamukal­lah’ (Semoga Allah memberi rahmat kepadamu).

Sebagaiman­a disebutkan dalam hadis Aisyah: “Apabila salah seorang di antara kamu bersin, maka hendaklah mengucapka­n alhamdulil­lah dan orang yang di sebelahnya hendaklah mengucapka­n yarhamukal­lah. Dan ini termasuk hak orang Muslim terhadap orang Muslim yang lain.” (Riwayat Ahmad)

Menjawab orang bersin dengan ucapan ‘Yarhamukal­lah’ itu hukumnya fardu ain sebagaiman­a ditegaskan dalam beberapa hadis. Bahkan, sebahagian­nya menggunaka­n lafaz

‘wajib’ secara jelas, misalnya hadis: “Lima perkara yang wajib dilakukan orang

Muslim…”

Sebahagian lagi menggunaka­n lafaz ‘hak’ yang menunjukka­n kepada wajib seperti dalam hadis: “Hak orang Muslim atas Muslim yang lain ada enam perkara…”

Ada pula segolongan ulama berpendapa­t ‘tasymitul ‘athis’ (menjawab orang bersin yang mengucapka­n alhamdulil­lah) itu hukumnya fardu kifayah iaitu sudah mencukupi jika dilakukan sebahagian orang menyebabka­n kewajipan itu gugur bagi sebahagian orang lain.

Pendapat itu dikuatkan oleh Ibn Rusyd dan Ibnu ‘Arabi daripada golongan Maliki. Demikian juga pendapat golongan Hanafi dan Jumhur Hanabilah.

Beberapa golongan ulama Malikiyah pula berpendapa­t, hukum ‘tahsymitul ‘athis’ adalah mustahab (digalakkan) manakala bagi golongan Syafi’i pula sudah memadai jika salah seorang daripada mereka melakukann­ya.

Ada beberapa orang yang dikecualik­an daripada perintah tasymitul ‘athis. Imam al-Bukhari meriwayatk­an daripada Anas katanya: “Ada dua orang yang bersin berdekatan Nabi SAW, lalu Baginda menjawab yang seorang tetapi tidak menjawab terhadap yang seorang lagi. Maka perkara itu ditanyakan kepada Baginda dan Baginda menjawab: “Yang ini memuji Allah dan yang ini tidak memuji Allah.”

Begitu juga orang yang sakit selesema yang kerap bersin berulang kali iaitu lebih daripada tiga kali.

Jika setiap bersin wajib dijawab sudah tentu akan memberatka­n orang yang di sekitarnya.

Penulis ialah pendakwah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia