Harian Metro

Ingkar arahan

- Maiamalina Mohamed Amin maiamalina@hmetro.com.my

 Dua beradik, isteri gagal hadir prosiding mahkamah terima waran tangkap

Disebabkan ingkar arahan mahkamah dan gagal hadiri prosiding, dua beradik dan isteri masing-masing menerima waran tangkap, semalam.

Waran tangkap itu dikeluarka­n Hakim Nazri Ismail di Mahkamah Sesyen di sini, kerana kegagalan mereka menghadiri prosiding kes rompakan berkumpula­n yang dilakukan, tahun lalu.

Nazri mengeluark­an waran itu ke atas tertuduh, Mohamad Fauzi Ariffin, 26, yang juga lans koperal polis serta abangnya, Mohd Fairuz, 29, diikuti isteri masing-masing, Alya Natasha Sariman, 22, dan Siti Norfarhana Radzuan, 25, yang menjadi penjamin mereka.

Mahkamah sebelum ini menetapkan tertuduh bersama penjamin masing-masing wajib hadir pada setiap prosiding kes itu yang dimulakan pada Disember tahun lalu.

Difahamkan, kedua-dua tertuduh ditawar jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin.

“Berikutan gagal hadir hari ini (semalam), waran tangkap dikeluarka­n ke atas tertuduh dan penjamin. Tarikh 7 Februari depan ditetapkan untuk sebutan semula kes,” kata Nazri.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Norazlinaw­ati Mohd Arshad manakala peguam Zuhaidi Akmal Hasan Basri mewakili Mohamad Fauzi sementara Mohd Fairuz tidak diwakili sesiapa.

Zuhaidi Akmal ketika ditemui di luar mahkamah menasihati anak guamnya supaya memberi kerjasama bagi menyelesai­kan kes itu.

“Saya nasihatkan mereka serah diri dan beri kerjasama kepada polis. Mereka gagal dihubungi sejak malam tadi (kelmarin),” katanya.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh bersama Adri Hazwan Ahmad, 28, (hadir mahkamah semalam) didakwa melakukan rompakan berkumpula­n ke atas Rahmah Omar, 54, dengan mengambil wang tunai berjumlah RM3,050 di Kampung Tanjong Badang, di sini, pada jam 11.15 malam, 18 Mac 2016.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.

Pada 6 Disember lalu, mahkamah sama membebas dan melepaskan Mohamad Fauzi dan Mohd Fairuz daripada tuduhan merompak bersenjata bersama tiga lagi lelaki di stesen minyak di Tunjong, Kota Bharu, tahun lalu.

Keputusan dibuat selepas pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie di akhir pendakwaan.

 ??  ?? MOHAMAD Fauzi dan Alyaa Natasha.
MOHAMAD Fauzi dan Alyaa Natasha.
 ??  ?? MOHD Fairuz
MOHD Fairuz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia