Harian Metro

Terkejut jumpa mayat tergantung ‘Saya tersilap akibat dikuasai emosi’

- Rosliza Mohamed am@hmetro.com.my

“Saya harap orang ramai tidak buat spekulasi lagi mahupun mengaitkan dia dalam kes pembunuhan ahli keluarga saya,” kata Kha Leng Siew, 33, susulan penularan wajah individu yang dikaitkan sebagai pembunuh dalam kes itu.

Wajah lelaki itu, Khong Krasim Eh Chong, 30, tersebar di Facebook sejak hari kejadian, 15 November lalu apabila dimuat naik Leng Siew dengan merujuk kepada penyebab kematian keluarga abangnya, Kha Eng Ni, 42.

Dalam kejadian di Taman Bahagia, Jalan Wakaf Mek Zainab, Eng Ni dan isterinya, Chua Joo Seok, 37, dan anak lelaki, Kha Zee Hanz, 13, mati ditikam dan dihentak dengan tukul besi manakala anak perempuan mereka cedera.

Leng Siew berkata, dia tidak Sungai Buloh: Orang ramai yang melalui jalan berhampira­n Saujana Akasia, Kuang, terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki tergantung pada pokok. Dalam kejadian jam 12.57 tengah hari semalam, orang awam yang melalui kawasan itu segera memaklumka­n kejadian kepada polis. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superinten­dan S Somu berkata, siasatan dilakukan polis mendapati mayat mangsa ditemui tergantung di pokok.

 Keluarga mangsa bunuh jelaskan perkara sebenar susulan tular wajah lelaki seiras suspek

sengaja memuat naik gambar Khong Krasim dan mengaitkan­nya dengan kes itu sejurus kejadian pada jam 2.30 petang.

“Saya akui kesilapan itu dan ia dilakukan tidak sengaja kerana kami terlalu emosi dan takut dengan kejadian yang berlaku.

“Ia dimuat naik tanpa niat dan tergesa-gesa kerana wajahnya seiras dengan suspek sebenar yang diumumkan polis (Sharat Eh Wan@Pot, 31).

“Saya kemudian memadamkan gambar itu dengan segera, malangnya ia sudah viral sehingga mengejutka­n keluarga Khong Krasim,” katanya pada sidang media, semalam.

Sidang media itu dihadiri ahli keluargany­a dan Khong Krasim sekeluarga bagi menjelaska­n perkara sebenar.

Leng Siew berkata, dia dan keluargany­a sudah menemui isteri Khong Krasim untuk memohon maaf dan menjelaska­n hal berkenaan, namun semalam mereka sepakat membuat permohonan maaf secara terbuka.

Dia juga mendesak orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berhubung suspek yang membunuh ahli keluargany­a atau mengaitkan­nya dengan Khong Krasim.

“Serahkan semuanya kepada polis untuk lakukan siasatan, malah saya difahamkan Sharat yang disyaki sebagai suspek utama masih diburu,” katanya.

Sementara itu, kakak Khong Krasim, Thassni Eh Chong, 36, yang mewakili adiknya berkata, mereka sekeluarga sudah memaafkan keluarga terbabit walaupun menyifatka­n ia kesalahan besar kerana mengaitkan adiknya sebagai pembunuh.

Katanya, imej keluarga mereka tercalar susulan penularan maklumat palsu itu, namun menerima hakikat bahawa kekeliruan berlaku apabila dipengaruh­i emosi.

Thassni berkata, adiknya juga sudah membuat laporan polis pada jam 6.30 petang, 15 November lalu.

 ??  ?? LENG Siew bersalaman meminta maaf kepada Khong (kiri) setelah memuat naik gambar beliau sebagai pembunuh.
LENG Siew bersalaman meminta maaf kepada Khong (kiri) setelah memuat naik gambar beliau sebagai pembunuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia