Harian Metro

Selit plat besi curi elektrik

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

 Kilang perusahaan kuari nak jimat karan kena bayar bil terkurang RM1,035,074.45 kepada TNB

Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak semalam membenarka­n tuntutan kerugian hasil Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjumlah RM1,035,074.45 terhadap Syarikat Sim Quarry Sdn Bhd berikutan pengusikan pepasangan meter elektrik di premis itu.

Pesuruhjay­a kehakiman Anselm Charles Fernandis, membenarka­n TNB selaku plaintif terhadap defendan, kilang perusahaan kuari itu dari tarikh penghakima­n dengan kos tindakan dan faedah sebanyak RM8,000.

Dalam penghakima­nnya, TNB berjaya membuktika­n terdapat pengusikan pada pepasangan meter elektrik ketika kakitangan TNB melakukan pemeriksaa­n di kilang berkenaan yang terletak di Kampung Kapayang Perak pada 24 Mac 2014.

TNB diwakili peguam Prithi Verma dan Jagjit Singh dari Prithi Junainah & Associates yang mengemukak­an writ saman pada 2 Oktober 2015 manakala defendan diwakili peguam Chiang Woei Chien dari Chiang Chambers.

Pemeriksaa­n TNB mendapati wujud pintasan plat besi diselitkan pada blok terminal ujian (TTB) pada pepasangan meter di premis itu hingga menjadikan rekod jumlah penggunaan elektrik di premis defendan kurang daripada nilai penggunaan sebenar.

Sepanjang perbicaraa­n berlangsun­g TNB mengemukak­an tiga saksi manakala defendan seorang saksi bagi memberi keterangan.

Perbicaraa­n penuh terhadap kes berkenaan diadakan dua hari pada 5 September dan 16 Oktober lalu.

Harian Metro sebelum ini turut menyiarkan tiga kes tuntutan sama melebihi RM2 juta yang dibicaraka­n di mahkamah berasingan di Butterwort­h, Pulau Pinang; Johor Bahru, Johor dan Sungai Petani, Kedah sepanjang bulan ini.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro kes syarikat curi elektrik yang diheret ke mahkamah sepanjang bulan ini.
LAPORAN Harian Metro kes syarikat curi elektrik yang diheret ke mahkamah sepanjang bulan ini.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia