Harian Metro

Perkukuh hubungan 49 tahun

- BERNAMA

 Malaysia-Maldives meterai 4 perjanjian persefaham­an dalam sektor menguntung­kan kedua-dua negara

Hubungan dua hala yang erat antara Malaysia dan Maldives kini terus diperkukuh dengan pelbagai kerjasama dan perkongsia­n pintar dalam sektor menguntung­kan kedua-dua negara.

Menggunaka­n kelebihan dalam pelbagai persamaan nilai, agama dan budaya, Kuala Lumpur dan Male mahu kerjasama diplomatik berusia 49 tahun terus diperkukuh bagi membolehka­n jalinan rakyat dengan rakyat bertambah erat, sekali gus menjadi tonggak penting hubungan dua hala kedua-dua negara.

Lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas undangan Presiden Maldives Abdulla Yameen Abdul Gayoom menyaksika­n kedua-dua negara saling menghormat­i kelebihan masing-masing dan mahu belajar daripada satu sama lain bagi mewujudkan perkongsia­n pintar yang menguntung­kan kedua-duanya.

Meskipun lawatan pertama kali Najib ke negara kepulauan itu singkat, kerajaan Malaysia dan Maldives berjaya memeterai dan memuktamad­kan empat perjanjian persefaham­an (MoU) bagi kepentinga­n bersama dan membuka laluan kerjasama lebih luas pada masa depan.

MoU berkenaan adalah mengenai penubuhan Pusat Kebudayaan Maldives dalam bidang kesihatan, memadamkan kebakaran dan menyelamat serta pendidikan tinggi.

Ingin melihat pertumbuha­n ekonomi negara masing-masing dapat dilonjakka­n menerusi sektor tertentu seperti industri halal dalam sektor makanan, perkhidmat­an, kewangan Islam dan pelanconga­n, Kuala Lumpur dan Male mahu rakyat kedua-dua negara terbabit dalam agenda pembanguna­n dan ekonomi Malaysia dan Maldives.

Najib berkata Malaysia dan Maldives boleh menerokai industri halal bersama bagi menjana aktiviti ekonomi yang menguntung­kan, apatah lagi Malaysia mempunyai kepakaran dengan pensijilan halal yang dikeluarka­n Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah pun menjadi penanda aras global.

“Kami (Malaysia dan Maldives) boleh bekerjasam­a walaupun dengan mengekspor­tnya ke negara ketiga. Kami juga melihat kepada kewangan Islam memandangk­an Malaysia peneraju sektor ini,” kata beliau.

 ??  ?? NAJIB bersalaman dengan Abdulla Yameen sempena lawatan rasmi ke Maldives selama dua hari.
NAJIB bersalaman dengan Abdulla Yameen sempena lawatan rasmi ke Maldives selama dua hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia