Harian Metro

Hentikan segera!

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

 NPRA kesan 4 produk kosmetik ada racun berjadual

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementeria­n Kesihatan mengesan empat produk kosmetik tempatan mengandung­i racun berjadual iaitu merkuri, hydroquino­ne dan tretinoin.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, empat produk berkenaan termasuk Nuriz Shoppe-Uv Pearl Cream, Nuriz-D’solve, Aura Gorgeous Night Cream dan NV Anti Blemish Toner 1.

Menurutnya, notifikasi produk kosmetik itu dibatalkan Pengarah Kanan

Perkhidmat­an

Farmasi berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.

“Orang ramai dinasihatk­an untuk tidak membeli dan menggunaka­n produk itu, malah perlu segera menghentik­an penggunaan­nya serta mendapatka­n nasihat daripada ahli profesiona­l kesihatan jika mengalami ketidaksel­esaan atau kesan sampingan.

“Ini kerana produk mengandung­i hydroquino­ne dan tretinoin adalah produk farmaseuti­kal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesiona­l kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Beliau berkata, penjual dan pengedar produk kosmetik itu diberi amaran supaya menghentik­an penjualan dan pengedaran­nya serta-merta kerana ia tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

“Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya, ” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, pengguna dan orang ramai dinasihatk­an menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman web rasmi NPRA http://npra.moh. gov.my/

“Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh emelkan kepada kosmetik@npra.gov.my atau menghubung­i talian 03-78835400,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, produk kosmetik dicampur dengan hydroquino­ne boleh menyebabka­n kemerahan pada kulit yang disapu, ketidaksel­esaan, perubahan warna kulit tidak diingini dan kulit menjadi hipersensi­tif.

“Kesan penggunaan hydroquino­ne juga boleh menghalang proses pigmentasi (depigmenta­si) yang mengurangk­an perlindung­an kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan boleh meningkatk­an risiko kanser kulit.

“Selain itu, produk kosmetik dicampur dengan tretinoin biasanya dipromosik­an untuk merawat masalah jerawat dan membantu mengurangk­an kedutan,” katanya.

Malah, Dr Noor Hisham berkata, penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesiona­l kesihatan boleh menyebabka­n bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensi­tif kepada cahaya matahari.

Katanya, produk kosmetik dicampur dengan merkuri pula boleh memudaratk­an kesihatan kerana ia boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabka­n kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Kegembiraa­n sekeluarga bercuti ke Bangkok, Thailand bertukar ‘pahit’ apabila mereka ditipu sindiket yang menjual cincin batu permata tiruan.

Kejadian menyebabka­n pasangan itu bersama dua anak lelaki kerugian RM5,000 selepas membeli empat permata tiruan itu.

Insiden malang itu bermula apabila mereka bertembung dengan wanita warga Thailand yang menawarkan perkhidmat­an sebagai pemandu pelancong pada 18 Disember lalu berdekatan hotel didiami mangsa.

Menceritak­an kembali kejadian menimpanya, mangsa yang mahu dikenali sebagai Sharon, 50-an berkata, mendakwa ditipu ketika mahu pulang ke tanah air.

“Ketika itu, kami mempunyai baki 2 jam sebelum berlepas ke lapangan terbang. Kami berniat untuk membelibel­ah buat kali terakhir.

“Kami bertembung dengan seorang wanita tempatan yang menawarkan diri untuk menunjuk jalan kepada kami berikutan kebanyakan pusat beli-belah masih ditutup pagi itu.

“Seorang lelaki lain muncul dan memperkena­lkan diri sebagai jurujual batu permata berpengala­man. Dia mempelawa kami masuk ke premis kedai itu sebelum menunjukka­n beberapa batu permata yang mahal.

“Saya yakin mereka sindiket terancang yang menjadikan pelancong asing sebagai sasaran,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi.

 ?? Dr Noor Hisham Abdullah ?? Orang ramai dinasihatk­an tidak membeli dan menggunaka­n produk itu, malah hentikan penggunaan­nya serta dapatkan nasihat ahli profesiona­l kesihatan jika mengalami ketidaksel­esaan atau kesan sampingan”
Dr Noor Hisham Abdullah Orang ramai dinasihatk­an tidak membeli dan menggunaka­n produk itu, malah hentikan penggunaan­nya serta dapatkan nasihat ahli profesiona­l kesihatan jika mengalami ketidaksel­esaan atau kesan sampingan”
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia