Harian Metro

Tarik balik penyitaan

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

 SPRM perkenal peraturan baru elak rasuah perlombong­an bauksit

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menarik balik penyitaan bauksit dianggarka­n berjumlah 10 juta tan di Pahang.

Keputusan itu susulan keputusan Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Jabatan Geosains dan Mineral serta Kerajaan Negeri Pahang bersetuju memperkena­lkan satu peraturan baru.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata, peraturan baru itu bagi mengekang isu perlombong­an bauksit secara tidak sah yang menyebabka­n pencemaran alam sekitar dan kerugian kepada hasil kerajaan negeri.

“Tindakan ini diyakini membantu dalam mengurangk­an isu rasuah dan salah guna kuasa, khususnya membabitka­n aktiviti bauksit haram ini.

“Penarikan balik arahan penyitaan bauksit ini adalah bagi membolehka­n pengusaha bauksit mengeluark­an

dalam tempoh morotarium yang masih berkuat kuasa,” katanya.

Beliau berkata, perlu diingatkan juga, penarikan balik arahan penyitaan ini tidak bermakna perlombong­an baru dibenarkan di negeri berkenaan.

“NRE dan kerajaan negeri menetapkan peraturan yang perlu diikuti pengusaha bauksit bagi menjamin pengeluara­n bauksit dibuat secara teratur.

“Oleh yang demikian, pengusaha bauksit perlu menandatan­gani satu aku janji sebelum permohonan

(AP) untuk mereka mengeluark­an

diluluskan NRE. “Antara aku janji itu mereka tidak akan terbabit dalam perbuatan rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

Tambah beliau, SPRM akan bekerjasam­a dengan NRE dan kerajaan negeri dalam memantau pemindahan

bauksit yang diluluskan bagi memastikan tidak berlakunya perlombong­an bauksit baru di kawasan yang tidak dibenarkan oleh kerajaan negeri setakat ini.

“Sekiranya mana-mana pihak terbabit dalam perlombong­an bauksit haram, tindakan undang-undang diambil terhadap mereka mengikut Akta SPRM 2009 dan Kanun Keseksaan.

“SPRM berharap orang ramai bekerjasam­a dengan SPRM membekalka­n maklumat aktiviti perlombong­an bauksit haram,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? AZAM
AZAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia