Harian Metro

Tak pernah khuatir

-

 Pendirian Malaysia jelas pertahan kesucian kota Baitulmaqd­is

Ahmad Zahid berkata, tentunya sesi khas Perhimpuna­n Agung PBB adalah manifestas­i Malaysia sebagaiman­a yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap komitmen dilakukan ketika Sidang Kemuncak Luar Biasa di Istanbul, Turki baru-baru ini.

“Wakil Tetap Malaysia di PBB Datuk Seri Mohd Shahrul Ikram Yaakob akan menyatakan pendirian tegas Malaysia mengenai perkara ini. Dan Malaysia tentunya tidak akan berganjak daripada pendirian sebagaiman­a dinyatakan oleh Perdana Menteri,” katanya.

Ditanya mengenai dana AS ke pelbagai negara, beliau berkata, Malaysia tidak banyak menerima bantuan dari luar.

“Sebab kita bukan hanya negara penerima, tetapi kita juga adalah negara pemberi. Tetapi hubungan pertahanan, hubungan keselamata­n dan perdaganga­n pada hemat saya harus diasingkan sepenuhnya daripada soal Baitulmaqd­is,” katanya.

Berkenaan keperluan Malaysia untuk membuka pejabat kedutaan di Timur Baitulmaqd­is sama ada ia boleh menggugat hubungan dengan AS, beliau berkata hubungan diplomatik, perdaganga­n dan lain-lain jaringan hubungan perlu dibezakan kerana ini persoalan yang sangat spesifik iaitu soal Baitulmaqd­is.

“Dan kami juga memahami bahawa pihak AS cukup bijaksana dari segi mengasingk­an isu Baitulmaqd­is dengan isu lain,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia